RESEPI SEMPERIT SUSU SUKATAN CAWAN - BISKUT RAYA PALING SENANG DAN MUDAH

RESEPI SEMPERIT SUSU SUKATAN CAWAN - BISKUT RAYA PALING SENANG DAN MUDAH | Walaupun ada banyak biskut raya terbaru yang muncul setiap tahun tapi biskut raya klasik tetap ada peminatnya yang tersendiri. Keistimewaan biskut raya tradisional ialah ianya menggunakan bahan yang ringkas sahaja.

semperit susu
photo: ig @brownkis_bykiki

 

Salah satu biskut raya tradisional yang masih digemari ramai ialah biskut Semperit susu. Bukan sahaja sedap malah cara membuatnya juga sangat senang dan hanya menggunakan 3 bahan sahaja.

Rasa susu yang berlemak dan ditambah efek gebu membuatkan biskut ini cair didalam mulut ketika dimakan. Disebabkan itu kanak-kanak juga sangat menggemari biskut semeprit susu yang sedap ini.

Biskut Semperit Susu dibancuh adunan nya dengan cara memasuk kan tepung jagung sedikit demi sedikit. Kerana adunan tersebut tak menggunakan tepung jagung yang banyak. Jika terlebih memasuk kan tepung jagung, biskut akan menjadi terlalu keras. Adunan nya juga akan mengeras sebelum di bentuk dengan acuan.

BACA:

Untuk mendapatkan biskut semperit susu yang gebu dan lembut masuk kan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil menguli adunan.Adunan sedang elok jika doh lembut dan mudah dibentuk.

Berikut adalah resepi lengkap membuat Semperit Susu menggunakan sukatan cawan dengan hanya 3 bahan sahaja

Bahan- bahan:

1/2 cawan butter
1/2 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung  jagung

Chocochip untuk hiasan

Cara membuat Semperit Susu 3 bahan :

semperit susu
photo: ig @Irakristanti


1. Campur butter dengan susu pekat manis.

2. Kacau dengan whisk sekejap untuk sebatikan nya sahaja.Tak perlu kacau lama-lama.

3.Masuk kan tepung jagung sedikit demi sedikit sambil digaul perlahan-lahan saja.

4. Satukan adunan  hingga tepung dan butter sebati.

5. bentuk kan adunan dengan acuan bunga ataupun mengikut citarasa sendiri. Letak kan hiasan coklat atau apa saja mengikut kesukaan .

6. Bakar dalam suhu 160 selama 15-20 minit bergantung pada oven masing-masing. 

Selamat mencuba resepi Semperit Susu sukatan cawan yang menggunakan 3 bahan sahaja.

Catat Ulasan

0 Ulasan