REVIEW AND SINOPSIS DR CHA 2023

REVIEW AND SINOPSIS DR CHA 2023 | Drama Dr Cha yang disiarkan di netflix masih lagi berada dalam kedudukan 10 rancangan terbaik dan popular. Jadi ini membuktikan drama ini memang cukup menarik dan dinantikan peminat setiap minggu.

Dr Cha 2023 kdrama


Episod pertama drama ini berjaya menarik ramai penonton dan ramai yang mengakui drama ini sangat menarik dan lucu. Drama dengan genre komedi, keluarga dan perubatan ini mula disiarkan pada 15 April lalu dan sehingga artikel ni ditulis ianya sudah memasuki episod ke 6.

Walaupun menampilkan pelakon-pelakon lama dan menjadikan wajah baru sebagai watak sampingan , drama ni berjaya mencuri hati penonton dengan jalan cerita yang menarik dan lucu.

Gandingan Uhm Jung Hwa dan Kim Byung Chul memang cukup serasi dan berjaya membuatkan drama ini menjadi sebutan ramai di sosial media. Saya sangat rekomend kan drama ni untuk korang erutaanyanya bagi mereka yang suka kan drama keluarga yang santai dan penuh dengan gelak tawa.

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : ROMANTIC DOCTOR , TEACHER KIM 2

Sinopsis Dr Cha 2023

Cha Jeong Suk seorang surirumah. Dia sebenarnya seorang lepasan pelajar perubatan dan pernah menjadi doktor pelatih. Disebabkan dia hamil dan kemudian nya mendirikan rumahtangga dia memutuskan untuk melupakan impian nya mendjadi doktor dan menumpukan perhatian pada keluarga. Segala tugas rumahtangga diuruskan olenya dengan sempurna.

Suaminya seorang doktor di hospital universiti. Cha JeongSuk dan suaminya Seo In Ho sudah lama berpisah tempat tidur. Mereka mempunyai 2 orang anak, Seo Jung Min , yang merupakan doktor pelatih di hospital university dan Seo I-Rang seorang pelajar sekolah tinggi.

Dr Cha 2023


Satu hari Cha Jeong Suk disahkan mengidap penyakit hati. Suaminya yang layak sebagai penderma menolak untuk mendermakan sebahagian hatinya. Ini disebabkan desakan oleh Ibu Seo In Ho dan juga wanita simpanan nya, Choi Seung Hi, yang juga seorang doktor bertugas di tempat yang sama dengan Seo In Ho.

Sejak suaminya menolak untuk mendermakan hatinya Cha Jeong Suk mula merasakan dia perlu mendapatkan kebahagian nya sendiri dan atas dorongan doktor yang merawatnya dia memutuskan untuk kembali mengambil peperiksaan perubatan dan menjadi doktor. Dia berjaya lulus dengan cemerlang dan tidak menjadi doktor pelatih di hospital tempat suami dan anaknya bekerja. Hubungan Cha Jeong Suk dengan suami dan anak lelakinya tidak diketahui sesiapa pun dihospital kecuali wanita simpanan suaminya. Berbagai perkara lucu berlaku sepanjang dia menjadi pelatih.

Dr Cha netflix


Dr Cha 2023 Cast

Uhm Jung Hwa

Kim Byung Chul

Myung Se Bin

Min Wook Hyuk

Song Ji Ho

Park Jun Keum

Kim Mi Kyung

Jo A Ram


Catat Ulasan

0 Ulasan