ANIME : MY HAPPY MARRIAGE

ANIME : MY HAPPY MARRIAGE | Anime ini diadaptasi dari novel berjudul Watashi no Shiawase na Kekkon yang ditulis oleh Akumi Agitogi dan diilustrasikan oleh Tsukiho Tsukioka. Kemudian pada march lalu novel ini di terjemahkan dalam filem live action berjudul sama dan kini disiarkan dalam siri anime berjudul My Live Happy Marriage yang disiarkan di Netflix setiap Rabu.





Siri ini mengandungi 4 episod awal dan disiarkan sejak awal julai 2023.


Review My Happy Marriage (Anime)

My Happy Marriage bagi saya sebuah anime ringan tapi cukup menarik jalan ceritanya. Sama macam anime lain yang bergenre  fantasi, drama ni bagi saya lebih menarik kerana ada element cinta dalam perkahwinan. 

Awal episod menggambarkan Kehidupan Miyo yang sarat dengan kesedihan. Untuk saya ianya memang menyentuh emosi lagi-lagi ianya dilakukan oleh ayah kandungnya sendiri. Pengabaian dan pilih kasih sangat jelas dan ini yang membuatkan Miyo sedar dengan kedudukan diri dia dalam rumah tu.

My Happy Marriage



Tapi masa Miyo dah berpindah ke rumah Kyoka Koduo tu terus mood menonton jadi lain. Rasa seronok sebab Miyo lebih rileks dan tenang di rumah Kyoka Koduo . Kalau tidak memang rasa sakit je hati sebab Miyo asyik kena buat kerja-kerja rumah. Lepa tu dihina ahli keluarga sendiri. Sedih la.


Awal-awal saya fikir jalan cerita mungkin mental Miyo pun di dera dirumah Kyoka. Biasanya kan ceritanya begitu. Mana2 cerita la, kalau watak ditindas tu, sepanjang masa la ditindas sampai kita yang menonton pun jadi stress. Dah hujung-hujung episod baru nampak sinar kebahagian untuk main caracter Tapi untuk cerita ni, Kyoka memang layan Miyo dengan baik sejak awal Miyo masuk ke rumah Kyoka lagi.

Kalau korang suka kan anime yang menggembirakan dan membahagiakan korang boleh tonton My Happy Marriage ni di siaran Netflix sekarang.

Sinopsis My Happy Marriage

Ibu Miyo Saimori meninggal sejak Miyo kecil lagi. Ibunya berasal dari sebuah keluarga yang mewarisi sebuah kuasa magis. selepas ibu Miyo meninggal dunia, ayahnya membawa isteri kedua dan anaknya tinggal bersama Miyo.

My Happy Marriage



Sejak ayah dan ibu tirinya menyedari Miyo tidak mempunyai kuasa seperti ibu kandungnya, ayah dan ibu tirinya mula mengabaikan Miyo dan melayan Miyo tak ubah seperti orang gaji di rumah tersebut. 

Untuk menyingkirkan Miyo dari rumah tersebut ayahnya juga tergamak menjodohkan dia dengan seorang lelaki yang terkenal dengan sikap dingin dan pemarah iaitu Kyoka Koduo. Miyo hanya menurut arahan ayahnya kerana dia tahu dia tak mampu untuk membantah kehendak ayahnya.

Kyoka Koduo  seorang lelaki yang sudah beberapa kali ingin dijodohkan namun sikapnya yang dingin dan pemarah membuatkan semua wanita yang menjadi tunangan nya akan lari meninggalkan nya.  Namun kehadiran Miyo yang dilihat sebagai seorang yang sopan , lembut , menurut kata dan cantik membuatkan hati Kyoka sangat terpikat pada Miyo. Dia juga berasa perlu melindungi Miyo selepas mengetahui tentang keluarga Miyo yang kejam.

Catat Ulasan

0 Ulasan