REVIEW DAN SINOPSIS : TURNING RED

REVIEW DAN SINOPSIS: TURNING RED|ANIMASI 2022. Rating 9/10. Aku tonton filem ni berdua dengan anak gadis yang berapa hari je lagi nak masuk usia 15 tahun. Filem ni bukan untuk kanak² bawah 12 ye. diaorang tak kan boleh faham apa nilai yang di bawa dalam filem ni.



Tapi yang umur 13 keatas mungkin dah boleh faham. Penulis cerita ni agak bijak bila dia menggambarkan panda merah tu sebenarnya adalah waktu haid seorang anak gadis. 


Review  Turning Red Animasi 2022

Filem animasi yang bagus untuk tontonan mak ayah. Selalunya animasi ni untuk budak² dan remaja2 je. Tapi yang ni memang aku syorkan mak ayah wajib tengok.

Ada yang kata filem ni menggalak kan anak2 memberontak. Sebenarnya tak.. mungkin cara kita menonton filem ni lain. 

Mesej 1: MeiLin keturunan panda merah. Benda tu mengalir dalam diri mak dia jugak. Yang tersiratnya dia nak bagitau, mak dan anak ada sisi degil, masing2 nak menang, masing² keras kepala. Anak beranak memang gitu la.

Tapi kalau anak memberontak, tak kan selesai masalah bila mak ayah pun memberontak. Itu point dia.

Filem ni mungkin jadi isu sebab anak memberontak sebab nak pi konsert je. Tapi kalau dia buat jalan cerita  anak memberontak sebab minat kpop ke ,nak warnakan rambut ke, tu mungkin orang boleh terima kot. 



Mesej 2: kalau kita dibesarkan dengan cara itu tak boleh ini tak.boleh, jangan rasa anak kita jugak perlu dibesarkan dengan cara tu. 

Kita nak jadi anak yang patuh dan taat pada mak ayah kita sampai rasa tak gembira, itu pilihan kita. 

Kalau anak kita pilih untuk hidup gembira dengan cara dia, itu hak dia. Asalkan dia tak langgar peraturan dunia,tak buat jenayah tak melampaui batas dan masih dalam pantauan kita

Lagipun dalam filem ni, Mei Lin jenis anak yang matang dan pandai kawal diri dia. Sebab tu masa dia jadi panda merah semuanya terkawal dan dia gembira. Jadi sepatutnya mak dia bagi dia peluang untuk percaya pada Mei Lin. 

Ada banyak sangat pengajaram untuk mak ayah dalam filem ni.tak rugi tonton.



Sinopsis Turning Red Animasi 2022

Mei lin seorang anak berusia 13 tahun yang sangat disayangi. Dia selalu merasakan diusia sebegini dia sudah menjadi dewasa. Tapi sebenarnya dia tak boleh melakukan apa yang dia gemari kerana dia risau ibu dan ayahnya akan kecewa padanya. 

Mei Lin dan 3 rakan nya bercadang untuk pergi menonton konsert. Tapi dia tahu itu sangat mustahil. 

Satu hari ketika bangun tidur Mei Lin menyedari dia bertukar menjadi panda merah. Makhluk berwarna merah ,besar dan berbulu. Dengan bantuan kawan² baiknya dia berjaya mengawal kemunculan panda merah tersebut.

Mereka memutuskan untuk menjadikan panda merah sebagai cara mendapatkan duit  membeli tiket ke konsert. 



Dengan tentangan dari ibu MeiLin dan kekurangan duit untuk membeli tiket, berjayakah mereka ke konsert artis kegemaran mereka?

Pelakon suara latar Turning Red Animasi 2022

Rosalie Chiang

Maitreyi Ramakrishnan

Sandra Oh



Catat Ulasan

0 Ulasan