RESEPI ACAR TIMUN DAN NENAS STYLE UTARA YANG SEDAP

RESEPI ACAR TIMUN DAN NENAS STYLE UTARA YANG SEDAP | Kalau datang ke Pulau Pinang dan kedah, Acar timun dan Nenas ni memang korang akan jumpa banyak dikedai-kedai makan. Kalau di Perak dicampurkan kacang tanah dan sos , Orng panggil jelatah.




Tapi di sini kami panggil acar timun dan nenas sebabtak letak kacng tanah. Rasanya memang sedap lagi-lagi kalau makan dengan Nasi Daging.


Saya sendiri kalau malas nak masak sayur , buat acar timun nenas ni saja. Makan bertambah-tambah.

Acar Timun Dan Nenas Paling Senang dan Sedap


Pada yang nak cuba buat boleh ikut resepi di bawah. Acar Timun dan nenas Simple dan mudah tapi sedap sampai makan bertambah.
Jom tengok resepi dan cara buat..




Bahan-bahan:-


1 biji nenas
1 biji timun
1 biji bawang besar
Cili besar/cili padi -ikut suka nak banyak mana.
Setengah sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
5 sudu besar cuka


Cara-cara:-


Semua bahan di hiris dan
Di campurkan dengan garam,gula dan cuka..
Siap untuk di makan.

Senang saja..kan??Kalau malas nak kupas nenas, beli je nenas potong kat pakcik motor tu. Lagi mudah dan cepat.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan