RESEPI KUIH TEPUNG TALAM PALING SEDAP DAN MUDAH

RESEPI KUIH TEPUNG TALAM PALING SEDAP DAN MUDAH | Assalamualaikum..Ni kuih tepung talam saya buat senditi.. Diulang...BUAT SENDIRI.haha. Nampak sangat jarang masak kuih2 gini ..kan? Sekali buat terus nak belagak..
Hehehe..




Saya ambik resepi dari Asyifamustaffaa.blogspot.


Cuma ada la sikit bahan yang saya tak bubuh..
Tapi yang dia buat merekah kat atas..
saya punya tak merekah gitu tapi dia jadi mengerutu sikit..entah la kenapa..
rasa sedap bukan main2 punya..




KUIH TEPUNG TALAM PALING MUDAH

Walaupun kuih ni buat dua kali masak tapi proe dia yang cepat tu menjadikan ianya mudah di masak. Berikut adalah bahan-bahan dan cara penyediaan kuih Tepung Talam paling mudah dan sedap


Bahagian bawah:-


1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air gula merah yang
dimasak dan disejuk kan sejukkan
2 cawan santan cair


cara-cara:-
campur semua bahan dan tapis..
kemudian masuk kan dalam loyang dan kukus selama 20 minit.


bahagian atas:-


1/2 cwn tepung beras
3 cawan santan
1sudu kecil garam


campur semua bahan dan panaskan atas api.
cukup sampai dia berasap je..jangan masak sampai berketul.


*****************
~lepas tu bila bahan atas dan masak,cakar2 sikit atasnya guna garpu.
Guna cakar rimau pun boleh..hehehe..


Lepas tuang la bahan atas yang dah dipanaskan tadi,kukus lagi selama 15 minit. Lepas tu sejuk kan dulu baru potong..Jangan lupa jiran sebelah.hehe
Nak potong pun mudah je..Guna pisau plastik ye..


cantik sungguh kejadian nya itu..(puji diri sendiri lagi..)
dan yang paling best sekali Maisara makan 3 potong..

/>

Post a Comment

0 Comments