JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 11

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 11 Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 11. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

JAGA AKU SELAMANYA

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 10

Jaga Aku Selamanya Full Episod 11

Adi berjalan menghampiri lelaki yang sedang duduk tidak jauh darinya. Tapi lelaki tersebut menjauhkan diri dari Adi. Adi megikut lelaki tersebut dan memanggil lelaki tersebut bapak. Rupanya Adi salah. Lelaki tersebut bukan ayahnya. Adi berjalan dengan wajah yang pucat dan badan yang penuh dengan bintik-bintik merah.

Azhar menyedari adiknya hilang. Dia terus berlari meninggalkan Yeye yang sedang tidur. Azhar mencari Adi disekitar lorong belakang kedai.

Adi terus mencari bapaknya. DIa ternampak seorang lelaki sedang duduk tidak jauh darinya.Dia terus memeluk lelaki tersebut.

Yeye bangun dari tidur dan mendapati Azhar tiada bersamanya. Dia bangun dan menangis memanggil-manggil abangnya. Pak Ehsan yang mendengar Yeye menangis terus pergi melihat keadaan yeye yang keseorangan.

Adi duduk disebelah bapaknya. Dia merayu bapak agar jangan meninggalkan nya. Syukri menangis melihat Adi. Syukri berkali-jali meminta maaf pada Adi. Adi terus merayu berulang kali agar bapaknya jangan meninggalkan nya. Tiba-tiba bayang2 syukri hilang. Baru lah dia sedar bapanya tiada.

Pak Ehsan meminta bos nya agar menjaga Yeye sementera dia pergi mencari Azhar dan Adi.  Azhar mencari Adi ditempat yang biasa mereka pergi. Dia terdengar  suara memanggil bapak berulang kali. Dia tahu itu suara Adi. Dia melintas jalan dan ingin berlari pada adi. tapi sebuah kereta meluncur laju menghampiri Azhar.

Maya yang kini berada di dalam lokap terkejut dari tidurnya. Dia berasa tak sedap hati memikirkan anak-anaknya. Dia dapat rasakan sesuatu yang buruk berlaku pada ank-anaknya.


Pak ehsan dan bosnya keluar dari kereta untuk melihat kemalangan yang berlaku tak jauh dari mereka. Pak Ehsan awalnya tidak menyangka mayat yang terkujur dan ditutup dengan kertas surat kabar itu adalah mayat Azhar. Pak ehsan melihat adi yang tersandar tidak sedarkan diri . Mereka mengangkat Adi yang terbaring kaku. Pak Ehsan tak dapat mengawal perasaan sedihnya. Adi kemudian nya dibawa ke hospital.

Pak Ehsan terpaksa berterus terang pada bos nya tentang Azhar dan adik-adiknya yang ditinggalkan ibu bapa. Bos Pak Ehsan sangat terkejut apabila mengetahui apa yang berlaku pada Azhar dan adik-adiknya. pak Ehsan dan bosnya sangat bersimpati dengan nasib Adi dan Azhar. Doktor memberitahu yang Adi diserang demam denggi.

Seorang peguam datang menemui cikgu Daud dirumah. Dia memperkenalkan diri sebagai encik yusof , peguam yang mewakili Maya. Cikgu Daud menceritakan semua nya kepada encik Yusof

Azhar sudah selamat dikebumikan. Pak Ehsan memujuk Yeye yang sedang bersedih di tepi kubur Azhar. Pak Ehsan memberitahu yeye yang Azhar berada di tempat yang lebih baik. Pak Ebsan berjanji pada Yeye yang dia akan menjaga Yeye.


Bos Pak Ehsan memberitahu yang Adi sudah keluar dari hospital. Jabatan kebajikan Masyarakat sudah mengambil Adi. Pak Ehsan sangat marah mendengar kata Bosnya. Bos Pak Ehsan memujuk Ehsan agar membuat keputusan yang tepat tentang nasib Adi dan Yeye. Pak Ehsan sangat sedih dan menangis sekuat hati kerana dia tak dapat lagi menjaga Azhar dan adik-adiknya.

Pak Ehsan melihat Yeye yang sedang rindukan abang-abangnya. pak Ehsan emminta yeye tidur. Dia tak mampu melakukan apa-apa lagi. Dia bersandar hingga tertidur . Apabila terjaga dia melihat yeye sedang tidur di ribanya. Perlahan-lahan Pak Ehsan mengalihkan yeye yang sedang nyenyak tidur.

Encik Yusof berusaha mencari Azhar dan adik-adiknya. Dia bertanya disetiap orang yang dia temui di kawasan tersebut. Mengikut apa yang dikatakan orang-orang disitu Azhar dan adik-adiknya mengutip barang terbuang. Ketika sedang mencari dia mendapat panggilan dari pegawai polis.

Bos Pak Ehsan sangat risau dengan kedaan Yeye. Dia meminta Pak Ehsan bertindak segera demi masa depan yeye. Dia tidak Mahu Yeye terabai dan tinggal dikawasan yang merbahaya itu.

Encik yusof pergi kerumah Cikgu Daud. Dia memberitahu berita yang disampaikan polis kepada Cikgu Daud. Isteri Cikgu Daud bertanya apa berita yang disanpaikan Encik Yusof tadi. Cikgu Daud teragak-agak untuk memberitahu isterinya. Sebaik sahaja dia memberitahu yang Azhar sudah meninggal, Cikgu Daud dan isterinya menangis bersama .


Cikgu Daud dan Encik yusof pergi ke kubur Azhar. Cikgu Daud sangat sedih dan sukar menerima kenyataan. Dia sempat bertanya tentang kes Maya pada Encik Yusof. Encik Yusof tak boleh memberi jawapan yang pasti kerana kes keldai dadah adalah kes yang rumit. Encik Yusof mahu Maya dan anak-anaknya disatukan kembali.

Pak Ehsan menjaga Yeye dengan baik Yeye sangat rindukan abangnya. Pak Ehsan memujuk Yeye untuk makan jika mahu bertemu dengan abangnya , Adi. 

Adi tinggal dirumah kebajikan masyarakat. Dia teringatkan Adik beradiknya yang lain. Pak Ehsan membawa Yeye kerumah kebajikan dimana Adi tinggal. Sebaik melihat Yeye, Adi berlari dan memeluk Yeye. 

..bersambung..










Catat Ulasan

0 Ulasan