JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 12

JAGA AKU SELAMANYA TV3 EPISOD 12 Drama terbaru di slot Lestari tv3 ini disiarkan pada 15 March 2023 memasuki episod ke 12. Drama ini mengangkat isu hak asasi kanak-kanak yang sering diabaikan seperti isu keselamatan, pendidikan dan kesihatan.

Jaga aku selamanya

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3

Episod : 13

Idea Asal: Wan Hasliza Wan Zainuddin

Pengarah: Rashidi Ishak & Wan Alauddin Wan Zainuddin

Produksi: Kl Motion Picture

Pelakon: Nadiya Nisaa, Johan Asari, Baqir Jamalullail, Puteri Rafasya, Dzul Hadziq Zamri, Damia Qaissarah, Yusayri Akma

BACA: Jaga Aku selamanya Episod 11

Jaga Aku Selamanya Full Episod 12

Maya menangis kesedihan. Dia memanggil-manggil nama anak-anaknya. Dia rasa menyesal kerana meninggalkan anak-anaknya. 

Pak Ehsan mendapat penerangan lengkap dari pengetua rumah kebajikan. Dia mahu memastikan Yeye dan Adi ditempatkan di tempat yang betul dan terjamin. Pengetua menerangkan rutin anak-anak dirumah kebajikan dan proses yang perlu dilalui oleh mereka yang mahu mengambil anak-anak disini sebagai anak angkat. Sebelum Pak Ehsan pulang dia mahu berte,u Adi dan Yeye.

Isteri Cikgu Daud sangat gembira semenjak Adam tinggal dengan nya. Mereka melayan adam seperti anak mereka sendiri.

Pak Ehsan meminta Adi menjaga Yeye dengan baik. Pak Ehsan juga berjanji akan datang melawat Yeye dan Adi . Pak Ehsan memeluk di dan Yeye. Adi mengucapkan terima kasih pada Pak Ehsan kerana menjaga mereka selama ini.

Yeye ditempatkan diasrama perempuan. Dia mahu bersama abangnya tapi pengetua memujuk Yeye untuk dtinggal di asrama bersama kakak-kakak yang lain. Yeye akur dengan pujukan nya.

Pak Ehsan sangat sunyi sejak ketiadaan Yeye . Ketika sedang duduk termenung Encik Yusof datang menemui Pak Ehsan. Encik Yusof bertanya tentang yeye dan Adi. Pak Ehsan menjelaskan semuanya pada encik Yusof dan dimana dua beradik itu di tempatkan.


Sejak tinggal dirumah kebajikan Yeye banyak termenung. Mujurlah ada penghuni lain yang melayan Yeye dengan baik dan memastikan Yeye makan. Adi dan Yeye tak berselera untuk makan kerana sering teringatkan ibu mereka.

Encik Yusof bertemu Adi dan Yeye di rumah kebajikan masyarakat. Dia berjanji Yeye dan Adi akan bersama ibu mereka dan pulang kerumah tak lama lagi.

Encik Yusof kemudian nya bertemu Maya dan menunjuk kan video Yeye dan Adi padanya. Maya menangis kerana dia sangat rindukan anak-anaknya. Diakemudian nhay bertanya tentang Mia. Encik Yusof menjelaskan bahawa Mia tidak dapat dikesan dan hilang. Azhar pula meninggal dunia keran terlibat dengan kemalangan. Maya tak dapat menahan perasaan nya. Dia menangis dan tak dapat mengawal perasaan nya. Maya meraung sekuat hati dan merayu Encik Yusof membantunya keluar dari situ agar dia dapat bersama anak-anaknya.

Pak Ehsan duduk termenung ditempat bekas Azhar dan adik-adiknya tinggal. Dia sangat rindukan budak-budak tersebut. Bos Pak Ehsan memujuk Pak Ehsan yang sentiasa kesedihan. Pak Ehsan mengakui dia sangat merindui mereka. Bos pak Ehsan mencadangkan agak Pak Ehsan memohon hak penjagaan Adi dan yeye. Pak Ehsan ragu-ragu jika di layak untuk memohon Tapi Bos Pak Ehsan memberi semangat untuk Pak Ehsan cuba memohon.

Adi termenung sendirian. Dia masih belum rasa mahu tidur. Cikgunya datang duduk disebelah Adi. Cikgu memberitahu yang dia dulu juga sama seperti Adi. Cikgu menceritakan kenangan ketika dia kecik dimana keluarganya meninggal akibat kemalangan jalan raya. Cikgu memberitahu yang semakin lama tinggal disitu dia baru sedar ramai lagi anak-anak lain yang lebih susah dari dirinya. Cikgu meminta Adi bersyukur kerana mempunyai tempat tinggal, makanan dan kawan-kawan. Adi juga boleh bersekolah. Adik mengangguk dan memahami kata-kata cikgunya.

Maya mundar mandir didalam sel. Dia risau dengan keputusan mahkamah. Ketika hari perbicaraan dia mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan. Encik Yusof meminta Maya bersedia mental dan fizikal sepanjang melalui proses perbicaraan. Maya meminta izin jika Encik Yusof boleh menemukan nya dengan Adi dan Yeye.

Cikgu Daud pergi kerumah kebajikan untuk bertemu Yeye dan Adi. Malangnya Yeye dan Adi pergi lawatan bersama cikgu Mazlan. Cikgu Daud bertemu pengetua rumah kebajikan dan meminta pertolongan pengetua jika dia dapat membantu mencari Mia di rumah kebajikan yang lain. Pengetua bersetuju untuk membantu.


Yeye dan Adi semakin betah tinggal dirumah kebajikan. Mereka menguruskan diri mereka sendiri dibantu rakan-rakan penghuni yang lain.  Yeye dan Adi juga juga dapat bersekolah bersekolah dan berkawan.

Semasa hari perbicaraan Ros menjadi saksi bagi pihak Maya. Dia menjelaskan yang Maya seorang yang lurus dan terdesak. Dia juga mengenali Amri namun tidak rapat dengan Amri.

Encik Yusof menghubungi rumah kebajikan kerana Maya mahu bercakap dengan anak-anaknya tapi Adi dan yeye sibuk dengan Aktiviti sekolah. ketika Yeye dan Adi sedang bermain pak Ehsan datang melawat Yeye dan Adi. yeye memberitahu Pak Ehsan yang dia mahu tinggal dengan Pak Ehsan. Pak Ehsan meminta Yeye dan Adi bersabar kerana dia juga mahu menjaga Yeye dan Adi.

Bersambung...

 
 



Catat Ulasan

0 Ulasan