SEKALI AKU BAHAGIA TV3 EPISOD 1

SEKALI AKU BAHAGIA TV3 EPISOD 1 | Sepanjang ramadan ini Slot Sakura tv3 menayangkan drama penuh emosi  Sekali Aku Bahagia lakonan Ummi Nazeera dan Nabila Huda. Drama ini ditayangkan bermula 28 March 2023 setiap isnin hingga khamis bermula jam 6 petang. 

sekali aku bahagia

Episod: 15
Tarikh Tayangan: 28 Mac 2023
Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang
Rangkaian: Slot Sakura TV3
Idea Asal: Mama Bella
Penulis Skrip: Dr Mohd Shahremy Ikmal / Mama Bella
Pengarah: Mohd Fazli Yahya (Pali Yahya)
Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd


Watak Pelakon
Ummi Nazeera sebagai Rania Farahain
Nabila Huda sebagai Aireen
Keith Foo sebagai Muaz
Azhan Rani sebagai Naufal
Meor Mohd sebagai Lan
Duerra Mitilda sebagai Delisha
Qistina Raisah sebagai Eli
Danish Iskandar sebagai Andre
Danish Hazriq sebagai Firas
Nik Ramly Rejab sebagai Kamil
Ayu Azlina sebagai Milah

Sekali Aku Bahagia Full Episod 1


Rania berlari menyelamatkan diri dalam pekat malam. Malangnya dua lelaki berwajah bengis terus mengejarnya. Mereka menangkapnya dan Rania diikat. Lelaki 1 mengugut untuk membunuhnya, Rania merayu tidak mahu mati. Lelaki 1 terus mengugut akan menjual Rania jika rRania tidak mahu mati. Rania menejrit sekuat hati. Serta merta dia terjaga dari tidur nya.

Milah masuk ke bilik untuk melihat Rania. Rania memberitahu yang dia masih bermimpikan perkara yang sama. Kakaknya beristigfar dan meminta agar Rania jangan terlalu memikirkan nya dan meminta Rania terus beristigfar.

Pagi itu Milah menyiapkan sarapan untuk suaminya Kamil. Kamil meminta milah menyediakan hidangan yang lain kerana sudah jemu dengan makanan yang sama setiap hari. Dia mahukan makanan barat. Milah membidas kata suaminya yang berdarah jawa . Apa yang penting bagi Milah sarapan pagi itu sedap dan mengenyangkan . kamil sempat meminta milah membuatkan nasi ambeng. Namun milah menolak kerana dia terlalu banyak kerja untuk diuruskan.

Firas datang ke dapur untuk bersarapan bersama ayah dan ibunya. Kamil dan milah memberi nsihat pada Firas yang ingin ke sekolah. Firas sempat memuji dirinya sendiri.

Rania mencari-cari sesuatu di dalam telefon nya. Tiba-tiba Firas datang menghampiri membuatkan Rania terkejut. Firas memanggil mamanya itu pergi bersarapan bersama ibunya. Firas sempat bertanya Rania sedang melihat akauan sosial siapa tapi Rania tidak mengaku.

Aireen bersarapan bersama suami dan 2 anak gadisnya. Kedua-duanya tak mahu mengalah. Muaz dan Aireen hanya mampu menegur dan menasihatkan mereka agar jangan bergaduh lagi.

Milah memberitahu kamil yang Rania mengalami mimpi yang sama seperti dulu. Milah risau jika keadaan kesihatan mental Rania kembali memburuk seperti dulu. Masalah kemurungan yang dialami Rania ketika itu membuatkan Milah tak sanggup lagi menghadapinya. Kamil mengingatkan Milah agar perkara silam tentang Rania tidak diketahui Firas. Kamil juga mahu Milah memastikan Rania tidak keseorangan dan tidak melayan perasaan  hingga  penyakit kemurungan nya kembali semula. Dia mahu rania lebih mendekati tuhan.

Rania turun ke dapur dan makan bersama Kamil dan Milah. Wajahnya yang mencuka membuatkan Kmail dan Milah berhenti berbual. Rania meneguk air yang dituang ke cawan.


Naufal memanggil kedua anak saudaranya. Dia menghulurkan wang RM20 kepada Eli dan Delisha. Eli sempat menyindir paklong nya itu kononnya wang yang diberikan Naufal itu datangnya dari kedai milik ayahnya. Naufal terasa hati dengan kata-kata Eli. Dia mengatakan kedai tersebut sebenarnya miliknya. Ayah mereka, Muaz hanya menguruskan kedai tersebut. 

Aireen masuk ke bilik Eli. Dia membebel sendirian apabila melihat bilik Eli yang tidak berkemas. Dia menatap gambar-gambar Eli didinding. ketika itu dia teringat dengan janjinya  yang dia akan menjaga Delisha walaupun dia akan mengahwini Muaz dan menerima Eli seperti anaknya sendiri asalkan Muaz tidak meninggalkan nya.

Muaz masuk ke bilik dan meminta lesen kedai mereka. Dia mahu memperbaharui lesen . Muaz bertanya bagaimana dengan kesihatan Aireen memandangkan Aireen kerap mengalami sesak nafas. Aireen mengatakn dia tidak apa-apa cuma dia sangat risaukan Eli. Dia tak mahu Eli mengulangi perangai lama yang suka ponteng sekolah lagi dan salah memilih kawan. Muaz meminta Aireen lebih kan memberi perhatian pada Eli. 

Aireen mengadu tentang sikap Naufal pada Muaz. menurut Aireen, bekas isteri Naufal, Siti, meminta Aireen menjelaskan hutang Naufal padanya. Aireen sangat rimas dengan  sikap abangnya itu. Muaz juga mengatakan dia tak suka dengan naufal kerana  Naufal suka masuk campur dalam urusan kedai dan rumahtangga mereka. Aireen tak berpuas hati kerana Muaz asyik memandang buruk pada abang kandung nya itu. 

Firas bertemu  Eli di perhentian bas. Firas bertanya mengapa Eli mahu berjumpa dengan nya. Firas memarahi Eli kerana dia dapat merasakan Eli masih dengan sikap lamanya yang suka ponteng sekolah dan tidak pergi kelas tuisyen. Firas memberitahu yang  di tak mahu lepak dengan kutu seperti Eli. Eli marah dengan kata-kata Firas yang memanggilnya sebagai kutu,. Dia bingkas bangun dan menendang kaki Firas sambil membebal dan pergi dari situ.

Firas hairan sdengan sikap Eli. Dahulu Eli pernah membantunya ketika di ragut. Waktu itulah dia mengenali Eli. Tapi sekarang Eli yang dikenali sangat kasar . Dia tidak suka dengan sikap Eli.

Aireen sedang makan bersama Naufal. Muncul Muaz di meja makan. Aireen menjemput suaminya makan bersama. Muaz menolak kerana dia mahu ke kedainya. Naufal menegur Muaz kerana sudah agak lewat untuk kekedai. Muaz tidak suka dengan sikap Naufal yang selalu mengawal segalanya dalam rumahtangga nya dan Aireen. Dia menegur sikap naufal yang suka menyibuk. Muaz terus pergi dari situ.

Aireen terus memarahi Naufal kerana sibuk mengawal hal-hal tentang suaminya. Naufal tak berpuas hati kerana tapak kedai tersebut adalah milik Naufal. Dia tidak tahu apa yang membuatkan Aireen sukakan Muaz yang dahulunya suai orang dan tidak mempunyai apa-apa harta. Aireen yang malas nak mendengar abangnya membebel dan terus bangun ke dapur. 


Delisha melihat Eli sedang lepak dengan kawan-kawannya. Delisha masuk dan menegur Eli yang ponteng sekolah dan tidak pergi tuisyen. Delisya juga mengingatkan Eli tentang nasihat ibu dan ayah mereka agar jangan salah memilih kawan. Eli  langsung tak mempedulikan kata-kata Delisha.Selepas delisha pergi dari situ dia mula bercakap perkara-perkara buruk tentang Delisha yang hanya seorang kakak tiri

Muaz ternampak naufakl duduk di kaunter kedai . Muaz menegur Naufal kerana kerap mengambil wang sedang kan wang tersebut akan digunakan untuk modal kedai.. naufakl marah mendengar ata-kata Muaz. Dia mula mengungkit tentang tapak edai yang dahulunya adalah miliknya  namun terpaksa diserahkan pada Adiknya Aireen.

Mereka mula bertengkar dan Naufal terus mencekak kolar baju Muaz sambil mengingatkan Muaz yang dahulu Muaz pernah mencuri wang ketika di pasar daging dahulu. Naufal mengingatkan Muaz agar sedar diri kerana jika bukan kerana adiknya , Muaz langsung tak mempunyai apa-apa. 

Muaz teringat kejadian dahulu ketika dia dipukul akibat dituduh mencuri wang Naufal walaupun ketika itu dia langsung tak bersalah. Mujurlah Aireen datang dan menyelamatkan nya. Sejak dahulu Naufal tidak pernah menyukainya.Tambahan pula ketika itu dia berkahwin dengan Aireen tanpa pengetahuan ahli keluarganya.. Itu menambahkan lagi benci Naufal pada Muaz.

Muaz menerima panggilan telofon dari Aireen. Aireen mengadu yang Naufal memberitahunya bahawa Muaz tidak memberikan nya duit. Muaz sangat marah dengan perangai Naufal yang suka mengarah-arahkan hidupnya dan Aireen.


Aireen menunggu anak-anaknya pulang dari sekolah. Sudah lama dia menunggu tapi mereka masih belum pulang. Naufal mengatakan Aireen suka memberi muka pada anak-aanknya dan satu hari nanti anak-aaknya akan menjadi seperti Muaz. Aireen hairan mengapa abangnya suka menyalahkan Muaz. Naufal masih tak puas hati dengan Muaz yang melarangnya mengambil wang di kedai.naufal bertanya patutkah dia mengazankan Muaz sebanyak 40 kali sehari untuk membuatkan Muaz sedar akan kedudukan nya.

Aireen tak mahu menyalahkan suaminya kerana Naufal juga patut disalahkan kerana kerap menggunakan wang kedai. Naufal mengingatkan Aireen bahawa dahulu Muaz juga mencuri banyak wang ketika bekerja di pasar daging bersamanya. Muaz menghilangkan diri dengan alasan nenaknya meninggal. Waktu itu Naufal  mengarahkan pembantunya pergi mencari Muaz dikampung dan membawa Muaz dihadapan nya. 

Aireen juga masih ingat ketika itu dia menunggu Muaz setiap hari yang tidak pulang-pulang kerumah. Dia sangat risau jika Muaz  meninggalkan nya. Naufal sangat marah ketika itu dan menuduh Naufal lari membawa wang pasar yang dicuri. Aireen jatuh pengsan waktu itu.

Kenangan tersebut tak mungkin dilupakan Aireen kerana waktu itu dia sedang hamil dan mengalami keguguran akibat terlalu stress.Waktu itu juga lah naufal mendapat tahu yang Muaz sudah berkahwin dan bertambahlah benci Naufal pada Muaz.

Delisha dan Eli sampai dirumah. Sebelum masuk kerumah Eli mengingatkan Delisha agar jangan mengadu apa-apa tentangnya pada ibu mereka. Aireen muncul dan mempelawa kedua-dua anaknya makan dahulu.

ketika sedang makan ,Muaz datang berbual dengan anak-anaknya. Dia mengingatkan anak-anaknya agar jangan pulang lewat ke rumah. Dia tak mahu paklong Naufal mereka bercakap buruk pasal mereka. Tambahan pulak kesihatan ibu mereka juga tidak berapa baik.

Aireen menjemput Naufal makan bersama Muaz dan anak-anaknya. Naufal  menolak kerana dia tak mahu berdepan dengan Muaz. Aireen mula marah kerana sikap Naufal yang tak habis-habis mencari pasal dengan Muaz dan anak-anaknya. Aireen mula menangis kerana dia rasa tersepit dengan suami dan abangnya. Aireen mengingatkan Naufal tentang apa yang dia dan Naufal pernah lakukan dahulu. Mereka pernah membunuh seseorang untuk mengelak dari kehilangan suami dan anak-anak. Naufal mengingatkan Aireen jangan sesekali bercakap tentang perkara tersebut.

Aireen teringat dahulu Naufal mengajaknya untuk ke mahkamah dan menfailkan penceraian . Tapi Aireen menolak dan dapat merasakan yang Muaz masih sayangkan nya. Aireen bertegas tak mahu bercerai. Naufal sangat kasihan dengan nasib Aireen ketika itu dan dia mahu Aireen bahagia.

bersambung... 









Catat Ulasan

0 Ulasan