KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH

KU AKAD KAU DENGAN BISMILLAH | Drama adaptasi novel, Ku Akad kau Dengan Bismillah karya Wawa Akil akan disiarkan dalam slot Akasia TV3. Drama ini dilakonkan oleh Sofia Albarakbah dan Alif Aziz. Drama 28 episod ini diarahkan oleh Osman Ali dan Yus Yusof akan disiarkan bermula Febriary 2023 setiap hari jam 7 malam.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sinopsis Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Menjadi seorang Raisya Hannah Abdul Halim bukannya mudah. Maruahnya luruh sekelip mata. Disamping nya lelaki tidak dikenali tanpa sehelai benang melilit tubuhnya. Apa dayanya tika itu.Hanya tangisan mengiringi. Hatinya lumat jiwanya hancur. Maruahnya tercemar. Kerana peristiwa itu dia nekad membawa diri meninggalkan segalanya yang dia sayangi di bumi bertuah.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : MOONFALL

Menjadi Luth Mikail juga bukan nya mudah. Gadis itu tidak dikenali tetapi gadis itu terjerat dengan musuh perniagaan nya.

Tatkala dia bangun pagi itu semuanya musnah. Reputasi dirinya hancur dek khianat dan benci. Lima tahun dia mencari gadis itu. Mengusung bersama penyesalan yang bukan sedikit. Kerana dia , gadis tidak berdosa menjadi mangsa. Kerana dia juga seluruh hidup gadis itu musnah. Dan kerana gadis itu juga dia berubah.

Ku Akad Kau Dengan Bismillah


Pertemuan yang tidak diduga membuatkan jiwa Luth Mikail yang mati selama ini hidup kembali. 

Mereka disatukan. Tetapi lelaki iu tahu jiwa wanita bernama Raisya Hannah sudah lama mati.

 

"Abang mohon maaf atas semua kesalahan abang selama ini. Abang mengambil setiap kesalahan abang itu sebagai hukuman untuk abang."  Kata Luth Mikail.

"Awak ingat senang-senang untuk saya maafkan awak? 5 tahun saya membenci diri sendiri. Jijik dengan tubuh sendiri. Walaupun dibilas dengan berbaldi-baldi air, belum tentu mampu menghilangkan kekotoran itu" Kata Hannah.

Bagaimana kesudahan kisah mereka. Mampukah Luth Mikail melunturkan kebencian si isteri dan mampukah Hannah berterusan membenci suami sendiri. Mampukah mahliga itu bertahan?Semua itu terjawab dalam Ku akad kau dengan Bismillah

Sofia Albarakbah


Pelakon Ku Akad Kau Dengan Bismillah

Sophia AlBarakbah sebagai Raisya Hannah

Aliff Aziz sebagai Luth Mikail

Halim Radzi sebagai Haikal

Shah Iskandar sebagai Adam Zikri

Zaki Azeman sebagai Lukman Hakim

Jasper Supayah sebagai Najia

Jasmine Suraya sebagai Maira

Shahidan Izwan sebagai Aidil

Didi Astillah sebagai Aqilah

Zack Zabhas sebagai Dato Muzaffar

Jasmin Hamid sebagai Datin Safiah

Hilal Azman sebagai Pak Ngah Zahid

Kuna Muzani sebagai Umi

Ayu Ayuni sebagai Alia

Sri Idrina sebagai Adura

Amaraa Sofea sebagai Nia

Catat Ulasan

0 Ulasan