REVIEW DAN SINOPSIS : MOONFALL

REVIEW DAN SINOPSIS : MOONFALL | Rating 6\10. Semalam kami sekeluarga tonton filem ni. Filem yang dikatakan bajet sampai beratus juta ringgit.Tak tahu la gebang ke apa. Tapi aku rasa kos tu mungkin sebab guna pelakon popular . Halle Berry dan Patrick Wilson memegang watak sebagai angkasawan NASA. Kos tu juga melibatkan promosi dan kerjasama dengan beberapa syarikat. Sebab tu ramai yang kritik filem ni membazir .


Kalau kau tonton dengan budak2 senang la nak menipu . masalahnya yang tonton filem-filem gini biasanya orang tua macm aku. Jadi banyak la benda-benda yang jadi pertikaian. Tapi best ye..Bukan tak best filem ni. 

Cerita ni memang dari awal kau tonton memang penuh babak mendebarkan. Ada la satu dua scene yang kau sempat bangun pi ambik kopi dengan biskut kering.Tapi banyak tak logik dia. Biasalah filem barat ni kalau dia  nak buat merapu dia pastikan dia lebih merapu dari filem tamil.Hahahh.

Tapi best la sebab nampak macam ..

"wah.. laut pun bergulung..".

"takutnya bulan nak terhempas.."

 Menarik la untuk ditonton. Aku paham je, ada orang rasa benda2 gitu lebih menarik dari logik. Sebab aku pun kadang2 gitu juga rasa masa tonton filem ni. Hahah. 

Kita kena terima yang filem tujuan nya untuk menghiburkan. Kalau nak kan maklumat yang tepat boleh la tonton dokumentari saja. hahah

Sinopsis Filem Moonfall

Sekumpulan Angkasawan diserang satu makhluk aneh. Brian dan Jocinda berjaya menyelamatkan diri walaupun seorang lagi rakan mereka tewas.Mereka pulang ke bumi siasatan dilakukan mendapati ianya disebabkan kecuaian manusia.



Beberapa tahun kemudian seorang ahli teori konspirasi, Houseman mendapati bulan membelok ke arah bumi. Dia cuba bertemu dengan Brian untuk menjelaskan keadaan tersebut. Brian asalnya tidak mempercayai Houseman namun akhirnya akur.

Stunami mula melanda dan orang ramai menyelamatkan diri. Mereka sudah berputus asa . Namun Jocinda , Brian dan Houseman memutuskan untuk kebulan bagi menyelamatkan bumi.



Catat Ulasan

0 Ulasan