REVIEW DAN SINOPSIS : UNDER THE QUEEN'S UMBRELLA

REVIEW DAN SINOPSIS : UNDER THE QUEEN'S UMBRELLA | Drama baru yang menggantikan Little Woman bersiaran sejak 15 oktober 2022. Drama ni ada 16 episod dan sehingga artikel ni ditulis ( 2-11-2022) baru saja bersiaran untuk episod 6.

under the queen's umbrella


Drama Under The Queen's Umbrella, lakonan pelakon hebat Kim Hye Soo, Kim Hae Sook dan Choi Won Young. Gandingan 3 pelakon hebat ni dah cukup untuk membuatkan filem ni mendapat rating yang cukup tinggi untuk tontonan di Netflix.

Review Under The Queen's Umbrella

Semakin hari ramai yang memperkatakan tentang drama ni. Bukan saja pemilihan pelakon yang cukup hebat malah jalan ceritanya yang menarik membuatkan drama ni diminati ramai.

Kim Hye Soo yang memang dikatakan pelakon lagenda bergandingan dengan seorang lagi pelakon lagenda, Kim Hae Sook, membuatkan drama ni penuh emosi bagi sesiapa yang menontonnya. 

under the queen's umbrella


Riak wajah mereka, bahasa tubuh mereka, memang terbaik.Boleh dikatakan drama ni membariskan ramai pelakon-pelakon hebat. Tahniah untuk penerbit drama ni yang sangat bijak memilih pelakon.

Tapi bila terlalu ramai pelakon hebat, ada juga rasa kecewa bila pelakon yang kita tahu cukup bagus diberi watak yang kecil contohnya seperti Jen Hye Won dan Seo Yi Sook yang membawa watak permaisuri.

Jalan cerita agak cepat dan tak membosankan. Ada banyak babak yang penuh debaran.

Macam biasa la, bila drama Netflix tetap nak masuk kan unsur-unsur LGBT dalam drama mereka. Saya tak setuju bila permaisuri menerima keadaan anak lelaki yang cenderung ke arah gay. Mungkin lebih baik jika permaisuri cuba berusaha untuk mengembalikan anak lelaki nya supaya tidak terus terjerumus ke arah itu.

Tapi itu hanya pendapat saya yang saya rasakan lebih baik .

BACA: REVIEW DAN SINOPSIS : GAUS ELECTRONICS 

Apa pun saya sangat suka dengan tema drama ni yang mengetengahkan tentang kasih sayang seorang ibu dan tanggungjawabnya melindungi setiap anak-anaknya. Rela melakukan apa sahaja asalkan anak-anaknya terbela dan mendapat hak yang sewajarnya.

Satu lagi yang saya sangat suka denan drama ni ialah tentang hubungan adik beradik yang sangat erat dan saling menyayangi walaupun semuanya adalah lelaki. 


Sinopis Under The Queen's Umbrella

Permaisuri Im Hwa Ryeong mempunyai 5 orang putera. Dia sangat mementingkan masa depan setiap puteranya walaupun anak-anaknya kerap membuat masalah. Dalam masa yang sama anak-anaknya juga perlu bersaing dengan anak-anak gundik raja yang sama-sama meningkat dewasa.

under the queen's unbrella


Hubungan nya dengan Ratu , ibu kepada Raja sangat dingin sejak awal lagi. Ratu seolah-olah tidak menyukai anak-anak permaisuri dan lebih memihak pada anak gundik terutamanya gundik Hwang. 

Satu hari anak sulung permasuri Im Hwa Ryeong , jatuh sakit. Permaisuri berusaha untuk menyembunyikan penyakit putera mahkota agar tidak sampai pada pengetahuan Ratu.

Kerisauan Permaisuri Im Hwa Ryeong semakin bertambah apabila tabib mendedahkan putera mahkota mempunyai penyait yang sama dengan putera mahkota terdahulu yang sudah meninggal akibat penyakit tersebut.

Ratu pula sudah siap dengan rancangan nya untuk menjatuhkan permaisuri Im Hwa Ryeong dan anak-anaknya.  Permaisuri yang tidak putus asa berusaha bangkit demi mempertahankan putera mahkota dan anak-ananya yang lain.

under the queen's umbrella


Pelakon Under The Queen's Umbrella

Kim Hye Soo- Permaisuri Im Hwa Ryeong

Kim Hae Sook - Ratu

Choi Won Young - Raja Lee Ho

Bae In Hyuk - Putera Mahkota

Moon Sang Min - Putera Seongnam

Yeo Seon Ho - Putera Gyeseong

Ok Ja Yeon - Gundik Hwang

Catat Ulasan

0 Ulasan