DOA NAIK SERI WAJAH AGAR CANTIK BERSERI-SERI SETIAP HARI

DOA NAIK SERI WAJAH AGAR CANTIK BERSERI-SERI SETIAP HARI| Setiap wanita di dunia pasti mempunyai impian untuk menjadi cantik. Sudah menjadi naluri seorang wanita yang tidak boleh dipisahkan dengan kecantikan. Tidak kira cantik dari fizikal dan juga cantik di hati, ianya menggambarkan kesempurnaan bagi seorang wanita. Tahukah anda terdapat doa naik seri wajah untuk wanita amalkan setiap hari agar cantik berseri.

penyeri wajah


Untuk kelihatan cantik luaran dan dalaman mari kita pelajari doa nsaik kan seri wajah agar cantik berseri-seri setiap hari. Dalam artikel ini akan dikongsikan doa lengkap yang boleh membuat wanita nampak cantik semula jadi luaran dan dalaman. Nampak menarik dan sentiasa berseri-seri seperti bidadari walaupun tidak memakai solekan tebal hanya dengan mengamalkan doa ini setiap hari.

Doa ini sudah lama diperkenalkan dan diajar. Ianya juga dikenali sebagai doa buka aura wajah yang sudah diamalkan sekian lama namun jarang diamalkan oleh orang-orang sekarang kerana lebih ramai yang yakin dengan penggunaan produk kecantikan dan solekan wajah.

Doa pemanis wajah agar berseri-seri

Doa nak kan seri wajah


Innaa ansaya'naa hunna insyaa' a. Faja’alnaa hunna abkaaro. ‘uruban atroobaa. 

" Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. penuh cinta lagi sebaya umurnya."

BACA:DOA-DOA YANG PALING BAIK UNTUK WANITA MENGANDUNG BACA SEBELUM BERSALIN

Selepas membaca doa ini, duduk lah dengan tertib dan membaca zikir di bawah ini sebanyak 33 kali.



Robbana at-mimlana nuurona waghfirlana innaka ala kulli syai’in qadir


"Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

Kemudian usapkanlah kedua-dua belah tangan ke wajah seperti anda mengambil merwatakan air wudhu ke wajah.

Selain itu anda juga boleh membaca doa untuk kelihatan cantik setiap hari. Doanya adalah seperti berikut.

Doa supaya kelihatan cantik setiap hari.

Doa agar wajah cantik

Wa alqoytu 'alaika mahabbatam minni walitushna’a ‘alaa aini. 

"Dan Aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang, yang datang dari-Ku, agar kamu diasuh di  bawah pengawasan-Ku"


Selepas membaca doa ini , sapukan kedua-dua belah tapak tanan ke seluruh wajah.

Adalah lebih baik jika doa ini diamalkan setiap hari selepas menunaikan solat subuh. Jika rajin melakukan nya setiap hari wajah anda akan kelihatan cantik berseri-seri , manis bercahaya semulajadi.

 

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan