4 BAHAN DALAM SKINCARE YANG PERLU DI ELAK KAN OLEH WANITA MENGANDUNG

4 BAHAN DALAM SKINCARE YANG PERLU DILELAK KAN OLEH WANITA MENGANDUNG | Sepanjang tempoh mengandung wanita patut berhati-hati dalam memilih produk kecantikan. Bukan semua produk boleh digunakan. Ada beberapa kandungan produk kecantikan yang patut dielakkan ketika mengandung. Ini kerana perubahan hormon ketika mengandung akan mempengaruhi keadaan kulit dan tubh badan wanita mengandung. 

bahan dalam skincare yang bahaya


Walaupun ketika tidak hamil produk skincare yang anda gunakan tidak memberi kesan buruk pada kulit dan tubuh namun ketika hamil hormon tubuh telah berubah jadi produk kecantikan yang mengandungi kandungan tertentu akan menjejaskan kulit dan boleh membuatkan alahan yang teruk pada wanita mengandung.


Wanita mengandung seharusnya perlu selective dalam pemilihan produk skincare bagi mengelak kan risiko pada anak didalam kandungan.

4 bahan dalam skincare yang merbahaya pada ibu mengandung yang perlu diberi perhatian sepanjang mengandung dan menyusukan bayi.

1. Retinoids - Retinoid dan retinol adalah bahan kimia yang berasal daripada Vitamin A. Namun bagi wanita mengandungdan menyusukan bayi mereka perlu mengelak kan dari mengambil bahan yang mengandungi Retinoid. 

Penyelidikan mengesahkan bahawa bahan ini boleh dipindahkan daripada ibu bapa kepada bayi melalui plasenta, dan sehingga 60 kali ganda semasa menyusu.

Dan American Academy of Dermatology secara khusus menamakan retinoid pada senarai ramuannya yang tidak selamat semasa kehamilan dan harus dihentikan serta-merta.

BACA: MAKAN IRON TABLETS TAPI TEKANAN DARAH MASIH RENDAH - INI TIPS DAN CARA BETUL MAKAN IRON TABLETS

2. Hydroquinone - Penggunaan produk pencerah kulit yang mengandungi hidrokuinon semasa kehamilan tidak digalakkan . 


Berdasarkan data yang ada, penggunaan Hydroquinone semasa kehamilan tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko kecacatan utama atau kesan buruk yang lain . Walau bagaimanapun, kerana penyerapan yang besar berbanding dengan produk lain, adalah lebih baik untuk meminimumkan pendedahan sehingga kajian lanjut dapat mengesahkan keselamatan penggunaan bahan ini dalam produk kecantikan.

3. Salicylic acid - Bahan ini biasaya terdapat di dalam toner dan pembersih. Walaupun penggunaan nya di benarkan untuk wanita hamil namun ianya mempunyai had tertentu untuk digunakan. Disarankan wanita mengandung menggunakan hanya 1-2 kali sahaja kerana boleh menyebabkan salicylism, iaitu telinga rasa berdesing, pening, dan muntah-muntah jika digunakan secara berterusan

4. Paraben - Paraben biasanya digunakan sebagai pengawet dalam produk kosmetik - terutamanya dalam krim dan losyen badan untuk melindungi daripada pertumbuhan mikrob. Walau bagaimanapun, kajian baru mencadangkan pareben termasuk metilparaben, propylparaben, butylparaben mungkin dikaitkan dengan kesan negatif jika digunakan semasa kehamilan.

Catat Ulasan

0 Ulasan