MAKAN IRON TABLETS TAPI TEKANAN DARAH MASIH RENDAH - INI TIP DAN CARA BETUL MAKAN IRON TABLETS

MAKAN IRON TABLETS TAPI TEKANAN DARAH MASIH RENDAH - INI TIPS DAN CARA BETUL MAKAN IRON TABLETS | Sebagai salah seorang yang kerap mengalami tekanan darah rendah , iron tablets bagaikan rakan baik . Perlu sentiasa ada dan dibawa kemana-mana.



Sejak mengandung anak pertama saya mula mengalami tekanan darah rendah tapi masih terkawal dan tak memerlukan saya untuk kerap makan iron tablets. 

Bagi sesetengah orang walaupun sudah mengambil iron tablets namun tekanan darah masih lagi rendah. Berikut adalah tips dan cara betul jika anda ingin makan iron tablets.

CARA BETUL MAKAN IRON TABLETS

1. Jangan ambil iron tablets bersama caffeine

Elakkan makan 
iron tablets  bersama caffeine seperti air kopi. Caffeine menghalang penyerapan iron, sama seperti kalsium.



2. Jangan ambil 
iron tablets bersama calcium atau makanan tinggi kalsium seperti susu Kalsium menghalang penyerapan iron tablets . Kalau ambil iron tablets  serentak dengan susu, penyerapan iron tablets  akan jadi sangat rendah. Walaupun makan iron tablets , tetapi iron tablets  dibuang melalui najis kerana tidak diserap.

3. Sebaiknya makan ketika perut kosong. Waktu yang dicadangkan adalah 1 jam sebelum makan. Tapi kalau tak boleh tahan dengan kesan sampingan seperti sakit perut, muntah dan loya, boleh alas perut dulu sebelum makan iron supplement.

4. Makan bersama vitamin C Vitamin C membantu penyerapan 
iron tablets . Boleh makan iron tablets  bersama jus oren atau makan bersama supplement vitamin C.




5. Elakkan makan bersama telur Elakkan mengambil 
iron tablets  bersama makanan yang mengandungi telur. Telur akan menghalang penyerapan iron tablets  di dalam badan.

6. Elakkan makan bersama ubatan yang mengurangkan asid perut. Ubatan seperti antacid yang mengurangkan asid perut, akan mengganggu penyerapan 
iron tablets . Cuba elakkan untuk diambil bersama. Antara contoh ubat yang ada interaksi dengan iron tablets  adalah Magnesium Trisilicate, antacids dll.

Jarak ubat atau makanan yang menghalang penyerapan 
iron tablets  adalah dalam 2 jam ke 4 jam. Jangan lupa jaga jarak untuk boost up level hemoglobin. Ambillah vitamin iron tablets  dengan betul demi kesihatan baby & ibu.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan