REVIEW DAN SINOPSIS : MAY I HELP YOU

REVIEW DAN SINOPSIS : MAY I HELP YOU | Drama terbaru bertajuk May I help You lakonan Hyeri dan Jun Young. Baru je beberapa minggu lepas teringat pada Hyeri. Tertanya-tanya dia tak de ke terlibat dengan apa-apa drama terbaru.

may i help you

Rupanya ada drama baru keluar lakonan Hyeri bersama bintang U-Kiss yang memang menjadi pujaan ramai, Lee Jun Young. Selepas drama My Roommate is A Gumiho, ternanti-nanti drama baru Hyeri. Sangat suka dengan lakonan dia yang bersahaja dan kelakar.



Review May I help You

Kali ni, untuk drama May I help You, Hyeri membawa watak yang sangat menarik kerana dia bekerja sebagai pengurus mayat di sebuah rumah mayat.

 Bergandingan dengan Jun , saya dapat rasa keserasian mereka berdua ni sejak episod 1 lagi. Entah kenapa tapi kali ni saya sangat suka gandingan 2 pelakon ni. Macam sesuai sangat.


Selalunya bila Hyeri berpasangan dalam drama dengan pelakon lelaki saya ambil masa untuk terima gandingan Hyeri dan pelakon lelaki tersebut. Tapi kali ni, sejak episod 1 saya dah rasa mereka memang serasi la.. 

May I help You



Saya suka jalan cerita drama ni yang tak terlalu perlahan dan tak terlalu cepat. Semuanya nampak tak dibuat dengan tergesa-gesa. Untuk drama cinta saya cukup puas hati dengan pemilihan pelakon dan jalan cerita.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS: MAY IT PLEASE THE COURT 


Drama ni banyak sedih tapi ada jugak scene kelakar. Hyeri memang sesuai sangat dengan drama genre sebegini. Scene sedih biasanya melibatkan kisah-kisah mereka yang kematian ahli keluarga. Tapi scene kelakar semuanya antara Baek Dong Joo (Hyeri) , Kim Tae Hee ( Jun Young), Vincent ( Lee GyuHan) serta rakan-rakan rapat mereka.

 
Drama ni tak sesuai untuk mereka yang suka kan kejutan atau plot twist dalam sesebuah drama. Drama ni lebih kepada melodrama yang ringan dan lebih santai. 


Cuma satu yang saya perasan gaya fesyen Hyeri dalam setiap drama lakonan nya sama je. Dia suka pakai mom jeans atau tapered jeans. Sangat susah nak tengok dia pakai jeans yang lebih ketat seperti flared jeans atau skinny jeans. Apa pun dia memang cantik dan gaya ini cukup sesuai dengan tubuh nya yang kecil.


Sinopsis May I Help You


Baek Dong Joo bekerja separuh masa di sebuah rumah pengurusan mayat tanpa pengetahuan ayahnya. 

May I help You


Pada hari pertama dia bertugas, dia sangat terkejut apabila pertama kali dia menyentuh mayat, suasana bilik mayat berubah menjadi sebuah bilik yang indah dan mayat yang diuruskan nya kembali sedar dan meminta dia menguruskan perkara yang belum diselesaikan mereka.

Walaupun awalnya dia sangat takut namun demi menjalankan tugas dia semakin terbiasa dengan tugas nya. Dia kemudiannya secara tidak sengaja bertemu dengan Kim Tae Hee yang bekerja mengambil upah apa saja pekerjaan yang diminta pelanggan nya.


Pertemuan mereka yang bermula dengan buruk kemudian nya ditakdirkan Kim Tae Hee terlibat dalam perkara-perkara melibatkan Baek Dong Joo membuatkan mereka kerap bertemu. 

Kim Tae Hee awalnya tidak mempercayai Baek Dong Joo yang mampu berkomunikasi dengan mayat yang diuruskan. Namun disebabkan rasa tanggungjawab kerana menyukarkan tugas Baek Dong Joo, dia cuba membantu dan baru lah dia tahu apa yang dikatakan Baek Dong Joo adalah benar.

May I help You


Pelakon May I help You

Hyeri- Baek Dong Joo

Lee Jun Young _ Kim Tae Hee

Lee Gyu Han- Vincent

Park Soo Yong - Baek Dal Sik

Tae In Ho - Im Il Seob

Oh Dae Hwan - Father Micheal


Catat Ulasan

0 Ulasan