REVIEW DAN SINOPSIS: MAY IT PLEASE THE COURT

REVIEW DAN SINOPSIS: MAY IT PLEASE THE COURT | Drama dengan tema kehakiman dan jenayah, May It Please The Court disiarkan bermula 21 September 2022 dan boleh di tonton disaluran Disney+ Hotstar. Drama ini dilakonkan oleh Lee Kyu Hyung dan Jung Ryeo Won. 

review may it please the court


Gandingan 2 pelakon hebat ini cukup memberikan impak yang baik pada  penontron. Rata-rata ramai yang memuji lakonan dan jalan cerita ini yang dikatakan cukup  menarik dan penuh dengan suspend.

Selain dari jalan cerita yang menarik soundtrack drama ini yang berjudul Complicated nyanyian I'll juga mendapat pujian ramai.

Review May It Please The Court

Drama genre  jenayah dan kehakiman memang menjadi kegemaran ramai peminat-peminat Kdrama. Korea memang terkenal dengan drama genre sebegini sejak sekian lama. Jadi ini juga antara penyumbang mengapa drama ini sangat digemari ramai selain dari dilakonkan oleh 2 pelakon hebat.

sinopsis


Memang tak sabar menunggu setiap episod. Keserasian antara dua pelakon ni juga cukup baik. Cuma saya tak suka bila watak Jwa Si Baek terlalu diselubungi dengan kehidupan yang gelap dan seakan menyedihkan.

Jalan cerita agak pantas. Hingga minggu ke 8 yang ditayangkan minggu ini (12 oktober 2022) segala persoalan sudah hampir terjawab. Saya menunggu plot twist yang akan merubah jalan cerita. Mungkin di episod 10 dan 11. Itu harapan saya kerana drama ni sekan-akan terus mendedahkan apa yang terjadi tanpa ada apa-apa kejutan.

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : MENTAL COACH JEGAL

Jadi saya menunggu nya diakhir nanti memandangkan drama ni cuma ada 12 episod saja. Untuk Lee Kyu Hyung yang memegang watak utama, saya menantikan drama nya yang lain sebagai main role. Mungkin akan banyak lagi drama yang diterajui nya sebagai main role akan menjadi kegemaran saya.

Saya tidak menjangkakan apa-apa tentang Jung Ryeo Won memandangkan saya memang cukup tahu lakonan nya dalam setiap drama yang dibintangi memang memberikan 100% kepuasan kepada penonton. Sama seperti drama ini, apa yang penulis beri itu yang saya dapat dan sampai kepada saya.

Permulaan episod drama May It Please The Court ini,  No Chak Hee peguam yang hanya mementingkan kemenangan dan setiap episod watak tersebut beransur-ansur menjadi seorang peguam yang makin tahu harga diri dan makna keadilan. Mood penonton seperti saya juga berubah dah semakin menerima kehadiran No Chak Hee. Sangat menarik.

Drama wajib tonton yang saya akan rekomended pada setiap peminat kdrama. 

Sinopsis May It Please The Court

Drama ini mengisahkan No Chak Hee seorang peguam yang bekerja di bawah sebuah firma terkenal dan berpengaruh. Dia seorang peguam yang sangat berkarisma dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kejayaan.

review


Dia tidak mudah terpengaruh dengan kekalahan. Dia juga sering berjaya dalam setiap perbicaraan mewakili client nya yang kebanyakan nya kaya dan berpengaruh. Kemenangan adalah segala-galanya pada dirinya.

Di hari kenaikan pangkatnya dia ditahan dalam satu kes cubaan membunuh diri. Kejadian tersebut mengubah kehdidupan nya. Dia digantung tugas dan dipindahkan berkhidmat di Pertahanan awam dan mendapat rakan setugas lain iaitu Jwa Si Baek .

Jwa Si Baek seorang peguam pembela. Walaupun dia hanya bertugas di pertahanan awam namun dia menjalankan tugasnya dengan sangat baik, penuh adil dan mementingkan mereka yang dari golongan rendah. Namun begitu dia mempunyai sisi gelap dalam kehidupan nya yang penuh misteri.

Dalam masa yang sama , berlaku beberapa pembunuhan melibatkan orang-orang kaya dan ternama. Kes-kes tersebut mula disiasat dan membawa pihak polis kepada Jwa Si Baek sebagai suspek utama. 

Lee Kyu Hyung


Pelakon May It Please The Court

Lee Kyu Hyung

Jung Ryeo Won

Jung Jin Young

Ko Kyu Pil

Kim Sang Ho

Jung Min Sung

Kim Hye Eun

So Jin

Catat Ulasan

0 Ulasan