CUACA PANAS : TIPS MUDAH MEMILIH RUMAH SEJUK DAN NYAMAN

CUACA PANAS : TIPS MUDAH MEMILIH RUMAH SEJUK DAN NYAMAN | Rumah yang sejuk dan nyaman memang menjadi pilihan ramai rakyat malaysia malah bagi mereka yang tinggal di negara asean seperti Indonesia, Singapura ataupun Thailand. Rumah yang sejuk merupakan salah satu perkara penting dan menjadi salah satu keutamaan yang boleh anda gunakan dalam memberikan nilai tambah pada rumah anda.

tingkatkan nilai harga rumah



Jika anda ingin membeli rumah, pastikan rumah yang dibeli adalah rumah yang sejuk dan nyaman. Begitu juga jika anda ingin menjual rumah anda, rumah yang sejuk akan meningkatkan nilai pasaran nya.



Beberapa tips untuk membuatkan rumah menjadi sejuk akan saya kongsilkan dalam artikel ini. Tips ini jugaboleh dipraktikkan bagi anda yang menghuni rumah yang tidak mempunyai aircond. 

1. Langit-langit atau plafon yang tinggi
Gunakan plafon atau langit-langit yang tinggi sehingga membuat ruangan anda kelihatan lebih luas dan sejuk. Penggunaan plafon rendah akan membuat rumah terlihat sempit dan udara yang terhad. 

langit-langit rumah tinggi

 

2. Sistem pengudaraan yang sempurna
Rumah perlu mempunyai banyak bukaan yang memerlukan pertukaran udara keluar dan masuk. Jangan hanya bergantung pada satu tingkap sahaja. Di setiap ruangan dalam rumah perlu ada sistem pengaliran udara keluar masuk yang sempurna.


Tingkap dalam suatu ruangan tidaklah cukup.  Perlu ada sekurang-kurangnya dua  2 buah jendela dan lubang angin agar suana ruang cukup udara agar lebih sejuk dan nyaman.

3. Penggunaan penebat haba pada bumbung
Penggunaan penebat haba pda bumbung rumah dapat menghalang haba panas. 
 Ini kerana bumbung akan menerima sebahagian besar haba dari matahari dan akan memanaskan udara di antara bumbung dan siling rumah. Penebat haba mampu untuk mengurangkan kesan pemanasan ruang ini.


4. Turbine Ventilator
Turbin Ventilator yang dipasang di atas rumah dan dilengkapi dengan sirip berguna untuk melancarkan aliran udara dalam ruangan.

tumbuhan hijau buat rumah sejuk dan nyaman



5. Banyakkan tanaman
Tanaman yang banyak dan hijau disekitar rumah boleh membuat rumah anda menjadi sejuk. Jika halaman rumah anda terhad, anda boleh menanam dalam pot atau tanaman yang menjalar didinding. Selain membuat udara sejuk, tanaman memberi oksigen bagi penghuni.

6. Gunakan air well
Air Well ialah ruang vertikal yang terbuka di bahagian tengah rumah, kebiasaannya di bahagian tangga.-Ia direka bagi membolehkan udara panas bergerak ke atas dan seterusnya keluar melalui bukaan tingkap berdekatan siling rumah. Apabila ini berlaku, udara sejuk bergerak masuk menggantikan ruang tekanan rendah yang ditinggalkan oleh udara panas.

7. Melapisi dinding dengan lapisan tambahan
Penggunaan material seperti lapisan komposit aluminium, veneer atau lapisan bata perhiasan mampu mengurangkan haba panas didalam rumah.


Kebiasaan nya kawasan bandar mengalami suhu yang tinggi disebabkan kekuranan tanaman kerana banyaknya pembangunan dilakukan. Selain itu jalan raya yang banyak dan gelap juga lebih banyak menyerap haba matahari. Jadi bagi anda yang mempunyai kediaman di bandar anda boleh menggunakan tips yang dikongsikan diatas bagi mengelak kan anda mengurangkan penggunaan aircond.

 
/>

Catat Ulasan

0 Ulasan