REVIEW DAN SINOPSIS : GAUS ELECTRONICS

REVIEW DAN SINOPSIS : GAUS ELECTRONICS : Kdrama Gaus Electronics ditayangkan bermula 30 September 2022. Drama ini dibintangi oleh Kwak Dong-Yeon dan Go Sung Hee sebagai watak utama. 

sinopsis


Drama dengan genre komedi ini diadaptasi dari web comic berjudul Gaus Jeonja. Gaus Electronics boleh di tonton di saluran K-Plus di Astro setiap khamis dan jumaat jam 5.40 petang

Review Gaus Electronics

Kalau dilihat pada poster drama ni, mungkin ramai yang akan anggap drama ni biasa-biasa saja. Ditambah pulak barisan pelakon nya jugak bukan lah kebanyakan nya pelakon carta atas atau pelakon yang kerap diberikan watak utama.

Tapi drama ni cukup menghiburkan dan sangat kelakar. Saya rasa ini adalah drama paling kelakar selepas Waikiki. Dah lama tak tonton kdrama yang kelakar macam ni selepas Waikiki dan Pegasus Market.

Sinopsis gaus


Paling tak sangka rupanya Kwak Dong Yeon yang berwajah kacak itu sangat kelakar orangnya. Dari episod 1, tak kering gusi ketawa menonton drama ini.

Selain Dong Yeon, Bae Hyun Sun juga tak kurang hebatnya. Fesyen rambut lain dari yang lain menjadi trademark watak Baek Ma Tan. Anak orang kaya yang ingin bekerja bermula dari bawah. Tapi gelagatnya yang sudah terbiasa dengan kehidupan mewah sangat-sangat mencuit hati.

Selain tu watak-watak lain juga sangat-sangat menghiburkan. Masing-masing ada kekuatan sendiri dan kelakar. Saya kegum juga dengan penulis drama ni. Bagaimana dia boleh menjadikan setiap watak tu kelakar dan menghiburkan?

BACA:REVIEW DAN SINOPSIS : TODAY'S WEBTOON ( KDRAMA 2022 )

Watak-watak dalam drama ni juga ada kisah mereka sendiri. Itu yang membuatkan drama ni lebih menarik. Lee Sang Sik dan Cha Na Re yang bermula dengan saling membenci dan akhirnya hubungan terjalin. 

Kemudian Kisah Baek Ma Tan dan Gun Gang Mi yang bermula dengan salah faham.

Kisah Cha Wa Wa dengan rambut botaknya dan Wi Jang Byun yang kesunyian namun jatuh cinta dengan sebuah gadjet.

Sinopsis Gaus Electronics 

Mengisahkan tentang orang-orang di dalam syarikat Gaus Electronics yang melalui hari-hari dengan berbagai perkara lucu dan menarik. Lee Sang Sik seorang pekerja di bahagian pemasaran 3,Departmen yang selalu dipandang rendah kerana keupayaan mereka.

Gaus electronics review



Sang Sik seorang pekerja yang sentiasa bersemangat namun tidak peka dengan orang lain. Masalah sering muncul berpunca dari dirinya dan disebabkan itu penolong pengurus, Cha Na Re selalu merasa tidak senang dengan Sang Sik.

Sang Sik meminati seorang gadis, Mo Hae Young. Malangnya dia hanya bertepuk sebelah tangan. Untuk menutup malu, Na Re dikatakan menjalin hubungan dengan Sang Sik. Bermula dari benci semakin lama Na Re mula merasakan 1 perasaan aneh terhadap Sang Sik, dan dia tidak suka kan perasaan tersebut.


Baek Ma Tan seorang anak dari keluarga Chaebol. Namun dia memilh untuk berkerja bermula dari bawah dan tidak mahu bekerja di syarikat bapanya sendiri. Namun dia sudah terbiasa dengan kehidupan mewah. 

Tapi demi membuktikan kepada ibu bapanya dia boleh berdikari, dia memulakan kerjaya di team Pemasaran 3 ,Gaus Electronics .Dia menyembunyikan identitinya namun pakaian dan gaya hidup mewah membuatkan sukar untuk dia merahsiakan semuanya.

gaus electronics review



Hanya Gun Gang Mi sahaja yang mengetahui dentiti sebenar Baek Ma Tan. Namun dia bukanlah orang yang mudah untuk menyimpan rahsia. Baek Ma Tan terpaksa mengawasi dan berhati-hati dengan tingkah laku Gang Mi.

Pelakon Gaus Electronics

Kwak Dong Yeon

Ko Sung Hee

Bae Hyun Sun

Kang Min Ah

Baek Hyun Jin

Hae Jung Do

Jeon Suk Chan 

Goo Wo Ri

Baek Soo Jang


Catat Ulasan

0 Ulasan