5 JENIS MOISTURIZER TERBAIK YANG UNTUK ATASI MASALAH KULIT KERING

5 JENIS MOISTURIZER TERBAIK YANG UNTUK ATASI MASALAH KULIT KERING | Memiliki kulit yang cantik dan sihat memang menjadi impian ramai . Ciri-ciri kulit yang sihat asasnya ialah bebas dari sebarang masalah penyakit kulit. Namun secara lebih terperinci yang kulit yang sihat adalah kulit mempunyai warna yang serata, kulit kenyal, bebas jerawat dan yang antara yang paling penting sekali ialah kulit lembab.

moisturizer paling berkesan


Untuk mendapatkan kulit yang lembab, selain minum air putih yang cukup dan tidur yang berkualiti, penggunaan moisturizer juga sangat di titik beratkan. Pemilihan moisturizer yang tepat bukan sahaja menjadkan kulit lembab malah kulit lebih sihat tanpa sebarang masalah kulit yang lain.

Hari ini saya akan kongsikan 5 moisturizer atau pelembab yang terbaik untuk mengatasi masalah kulit kering. Semua yang saya senaraikan ini adalah beberapa moisturizer yang pernah saya gunakan beberapa tahun lalu dan ada yang saya gunakan sekarang. Namun seiring dengan meningkatnya usia, saya menukar beberapa kali moisturizer untuk mendapatkan kulit yang lebih sihat mengikut usia kulit saya sekarang.

Moisturizer terbaik untuk kulit kering

Rawatan untuk setiap jenis kulit adalah berbeza. Untuk kulit yang kering, penggunaan moisturizer sangat penting dan tidak boleh diabaikan. Moisturizer ataupun pelembab akan memberi kesan seawal 1 hingga 2 minggu untuk mengembalikan kulit kering menjadi lebih lembab dan sihat. Disini adalah 5 jenis moisturizer terbaik yang mampu merawat kulit kering.

BACA:KULIT MUKA LEMBAB DAN CANTIK SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE

1.  Hada Labo Water Gel Hydrating

Moisturizer paling berkesan

Menggabungkan 4 jenis Asid Hyaluronik yang dikuasakan oleh teknologi High Performance Penetrating & Deep Moisturising (HPP&M) untuk mengunci, menambah dan menyimpan kelembapan jauh di dalam lapisan demi lapisan kulit.

Tekstur gel yang sangat ringan dan berair yang memberikan kelembutan pada kulit serta-merta dan keselesaan tanpa rasa kesan berminyak, dan membuatkan kulit bernafas.


Ianya lebih ringan berbanding cream .

Gunakan dua kali sehari pada waktu pagi dan malam.

 

2. Aiken Prebiotic Hydration Moisturise


moisturizer untuk kulit kering

Tekstur dalam bentuk gel yang lembut dan ringan. Ianya langsung tidak berminyak. Dirumus dengan Prebiotik Semulajadi dan Air Beras. Rangkaian AIKEN Hydra Plus terbukti secara semulajadi meningkatkan penghidratan kulit secara dalaman dan luaran.

Dirumus dengan SPF25 untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang berbahaya, selaran matahari dan kulit kemerahan.

Dirumus dengan PA+ yang memberikan perlindungan terhadap sinaran UVA yang menyebabkan penuaan pramatang seperti kedutan, pigmentasi dan bintik-bintik gelap.​

Mengekalkan keseimbangan kelembapan semulajadi kulit


3. La Roche-Posay Toleriane Double Repair Face Moisturizer


Moisturizer kulit kering

Tekstur ringan dan apabila digosok tekstur air muncul dan mudah menyerap ke dalam kulit. Tahan lama kerana digunakan dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Tidak mempunyai bau dan memberi kesan seawal 1 minggu sahaja. Perbezaan kulit dapat dirasai dalam masa beberapa hari.

Mengandungi Niacinamide iaitu sejenis vitamin B3 yang membantu menyuburkan kulit sambil memperbaiki rupa pori-pori besar.

Ceramide NP juga terdapat dalam moisturizer ini yang berfungsi untuk membentuk lapisan luar kulit dan melindungi kulit secara semula jadi.



4. SAFI Hydra Glow Hydralight Glycerin & Hyaluronic Acid Oil-Free Gel Moisturiser

Moisturizer tak berminyak




Pelembap gel yang ringan dan bebas minyak yang terbukti secara klinikal memberikan penghidratan berpanjangan 72 jam. Ia menyuburkan kulit yang dehidrasi, memberikan kemasan bebas kilauan, tidak berminyak dan tidak menyumbat pori-pori terutamanya pada kawasan kulit yang lebih berminyak. Teksturnya yang ringan seperti udara dan cepat menyerap memberikan kelembapan serta-merta tanpa rasa berminyak.

Pelembap ini dirumus dengan Teknologi HydraLight yang menggabungkan 2 bahan bebas minyak dan penghidratan yang berkuasa:

Gliserin : Ramuan penghidratan berkuasa yang berfungsi untuk mengekalkan kelembapan dari dalam dan mengimbangi kulit berminyak kepada kombinasi menjadikan kulit segar dan terhidrat.

Asid Hyaluronik : mengawal kelembapan kulit secara berkesan, menguatkan penghalang kulit dan meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang terhidrat dan melenting.



5. CeraVe Moisturiser Cream

Moisturizer tak berminyak

Tekstur yang tebal namun mudah menyerap ke dalam kulit. Penggunaan yang sedikit sahaja. Tidak berminyak  kecuali penggunaan yang banyak, tiada bau haruman. Penggunaan yang sesuai pada waktu pagi sebelum menggunakan sunscreen atau sunblock. Penggunaan malam selepas menggunakan toner. 

Perlu digunakan secara berterusan sehingga kulit kembali lembab.

Tidak sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit berminyak. Bagi yang mempunyai kulit kering yang kritikal, ini adalah produk yang baik untuk anda mengembalikan kulit lembab. 

Selepas mendapatkan kulit yang diidamkan, anda boleh menukar menggunakan moisturizer yang lebih ringan untuk mengekalkan keadaan kulit anda.

 
www.carousell.com.my
/>

Catat Ulasan

0 Ulasan