REVIEW DAN SINOPSIS : THE GOLDEN SPOON

REVIEW DAN SINOPSIS : THE GOLDEN SPOON | Drama lakonan Yook Sung Jae dan arahan pengarah Song Hyun Wook yang popolar dengan drama The King Affection's, disiarkan setiap jumaat dan sabtu bermula 23 September 2022. The Golden Spoon adalah drama yang diadaptasi dari sebuah web comic yang pernah diterbitkan pada tahun 2016.



2 episod awal drama ni cukup memberi tanggapan positif pada penonton. Ramai yang teruja dengan jalan cerita genre fantasy dan supernatural yang memang dah agak lama juga tak de drama dengan genre ini ditayangkan di tv. Jadi tak hairan lah drama ni mendapat rating yang agak tinggi berbanding drama lain yang sedang bersiaran.

Sinematografi drama ni juga cukup baik dan sesuai dengan jalan cerita.  Saya suka suasana dalam rumah yang klasik dan melambangkan kemewahan. Walaupun drama ni diadaptasi dari webcomic tapi plot ceritanya susah di jangka sebab drama ni tak ikut 100% macam dalam web comic. Sedikit watak di tambah untuk menguatkan jalan cerita agar lebih menarik dan berkembang.

Isu sosial juga dibangkitkan dalam drama ni terutamanya , isu kemiskinan, bunuh diri, buli dan masalah keluarga. 

BACAREVIEW DAN SINOPSIS : THE JINX'S LOVER

Saya sangat teruja dengan watak Hwang Tae Yong lakonan Lee Jong Won. Dia sedar dirinya adalah Hwang Tae Yong yang sebenar tapi dia lebih rela hidup dalam kemiskinan bersama keluarga Lee Seung Cheon dari terperangkap bersama keluarga yang kaya namun tidak merasai bahagia. Menjelaskan bahawa kekayaan tidak menjamin kebahagiaan.

Sinopsis The Golden Spoon 

Mengisahkan Lee Seung Cheon yang berasal dari keluarga yang miskin. Namun disebabkan dia pandai dia berjaya memasuki sekolah elit yang dipenuhi pelajar-pelajar yang berasal dari keluarga yang kaya dan ternama. Disekolah dia sering dibuli dan dipandang rendah. Selepas kawan baiknya meninggal akibat bunuh diri dia merasakan hanya kekayaan sahaja yang mampu mengubah nasibnya agar di hormati dan dipandang tinggi.


 

Satu hari ketika melalui satu jalan dia melihat seorang wanita tua menjual pelbagai barangan. Dia tertarik dengan sebuah kotak yang mengandungi sudu berwarna emas. Menurut wanita tua itu sudu emas tersebut mampu mengubah nasib seseorang . Pemilik sudu boleh menukar nasib dengan menukar ibu bapanya. 

Walaupun tidak mempercayai kata-kata wanita itu, Seung Cheon tetap membeli sudu tersebut. Dalam masa yang sama dia semakin rapat dengan seorang pelajar paling kaya disekolah tersebut iaitu Hwang Tae Yong. Dia selalu merasa Hwang Tae Yong sangat beruntung kerana berada dalam keluarga yang kaya dan berpengaruh.

Disebabkan keadaan nya yang terdesak Seung Cheon berniat untuk mengubah kehidupan nya dengan kehidupan Hwang tae Yong , menggunakan sudu emas miliknya.



Pelakon The Golden Spoon

Yook Sung Jae

Lee Jong Won

Jung Chae Yeon

Yeon Woo

Choi Dae Chul

Han Chae Ah

Choi Won Young

Son Yeo Eun



/>

Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Assalamualaikum,hai.Sedih rasa tengok drama Golden Spoon,jauh berbeza dgn plot komik dia.Dahlah si Taeyong jadi pengecut campur jahat sikit masa eps. 1,sepatutnya Juhee sayang gila dekat Taeyong! Ni tidak, terbalik habis dalam drama.Makin mengarut adalah.Yang paling saya tak boleh terima, dia tukar karakter ayah Taeyong yang baik sangat2-sangat jadi jahat dalam drama.Sungguh mengecewakan.

    Sebagai peminat tegar komik The Golden Spoon, saya sangat-sangat kecewa dengan penghasilan drama ini.Baik tak payah buat,banyak sangat loop hole dalam drama, tak macam komik dia yang smooth je.The drama is truly pathetic.😭😢 It ruined every single thing about the real Taeyong in the comic.Kalau nak buat cerita lain gila daripada komik, cakaplah awal2.Tak payah saya bazir masa tengok trailer-trailer dgn episod 1 sampai tiga.Buat habis kuota data sahaja.😢😢😩😩😩 Maaf ya,saya lepas geram dekat sini pula.Kesimpulannya, saya harap drama slight adaptation komik The Golden Spoon tak patut wujud langsung,patut kekal jadi komik je.Mengecewakan.Itu sahaja, wassalam.

    BalasPadam