10 CIRI TUBUH YANG MEMBEZAKAN ANDA DENGAN ORANG LAIN

10 CIRI TUBUH YANG MEMBEZAKAN ANDA DENGAN ORANG LAIN | Setiap manusia mempunyai wajah yang berbeza. Kecuali jika anda dilahirkan kembar seiras wajah anda mungkin akan kelihatan sama dengan kembar anda. Namun terdapat sesetengah individu yang mempunyai ciri-ciri fizikal lain yang unik. mereka yang mempunyai keunikan ini kadang kala merasakan ianya satu kelebihan dan berbangga dengan keunikan pada diri mereka.




1. Garis lengkung pada rambut ( widow's Peak)



Garis lengkung berbentuk V pada garis rambut kebiasaan nya hanya terdapat pada sesetengah individu yang berambut kerinting atau berombak. Kajian mendedahkan hanya terdapat 33% sahaja individu yang mempunyai widow's peak. Widows peak adalah disebabkan genetik dalam ahli keluarga .


2. Garis berbetuk X pada tangan



Terdapat tanda pelik yang hanya dimiliki oleh segelintir individu. Menurut laporan, hanya 3% penduduk dunia mempunyai garis tapak tangan berbentuk huruf 'X' di tapak tangan mereka. Ia terletak di antara 2 garisan mendatar melengkung pada tapak tangan anda.


3. Bersin disebabkan cahaya (Bersin Fotik)





Bersin biasanya berlaku apabila kita sakit atau alahan terhadap habuk dan bau. Walau bagaimanapun, sesetengah orang mengalami simptom yang dipanggil "bersin fotik.” Ia adalah keadaan dimana seseorang itu akan bersin disebabkan oleh cahaya, terutamanya cahaya matahari.

Ia dianggap berlaku kepada 18 hingga 35% daripada populasi.

4. Saiz anak mata berbeza




Saiz anak mata berubah supaya jumlah cahaya  boleh masuk ke dalam mata. Jadi, apabila gelap, anak mata akan menjadi lebih besar, dan apabila terdapat banyak matahari, anak mata akan menjadi lebih kecil. Dalam kebanyakan kes, setiap mata mengecut dan mengembang pada masa yang sama. Walau bagaimanapun, ada individu yang mengalami keadaan yang berbeza apabila setioap anak mata kelihatan berbeza saiz. Perbezaan saiz anak mata ini dipanggil anisocoria.




5. Dextrocardia




Dextrocardia adalah keadaan jantung yang jarang berlaku di mana jantung berada di kedudukan  menghala ke sebelah kanan dada dan bukannya kiri. Ia adalah kongenital, iaitu berlaku sejak lahir. Walau bagaimanapun, kurang daripada satu peratus penduduk mengalami keadaan ini, tetapi mereka yang mengalaminya mungkin mempunyai pilihan untuk melakukan pembedahan.



6. Cap jari yang unik




Gelung, lingkaran dan lengkungan ialah 3 bentuk utama cap jari. Kira-kira 65% daripada semua cap jari adalah gelung, menjadikannya yang paling lazim. Bentuk lingkaran pula 30%,
 manakala lengkungan hanya 5% daripada nya sahaja


7. Koloboma





Koloboma ialah keadaan di mata mata anda kelihatan seperti tiada iris . Sebenarnya iris sudah ada di retina sejak mereka lahir lagi. keadaan ini boleh menjejaskan kedua-dua belah mata.

Keadaan ini mudah dikenal pasti kerana anak mata anda kelihatan seperti lubang kunci. Tetapi ada juga yang kebanyakannya tidak dapat dilihat dari mata kasar Sesetengahnya tidak mempunyai simptom, ianya boleh menjejaskan penglihatan seseorang secara negatif.


8. Pusat timbul



Pusat timbul kelihatan seperti simpulan yang menonjol dari kulit. Ia biasanya berlaku apabila memotong tali pusat dengan meninggalkan nya sedikit terlebih. Namun 10% individu mempunyai pusat timbul yang bergulung sejak lahir lagi. Masalah ini kebiasaan nya disebabkan 
sama ada mereka dilahirkan dengan masalah hernia umbilical  atau mempunyai jangkitan kecil di pangkal tali pusat yang tidak disedari . Ini akan menyebabkan tisu granulasi terbentuk.


9. Sepasang Garis tapak tangan




Kebanyakan orang mempunyai 3 garisan di tapak tangan mereka. Walau bagaimanapun, hanya 1.5% daripada populasi mempunyai hanya sepasang garis . Sifat ini kerap ditemui pada lelaki berbanding wanita.

10. Lekuk di dagu






Gen anda menentukan sama ada anda dilahirkan dengan dagu berlekuk atau tidak. Jika ahli keluarga lain mempunyainya, kemungkinan besar anda juga akan mengalaminya. bahagian dagu anda akan mempunyai lekuk yang terbentuk sebelum lahir lagi. Ia berlaku apabila 2 sisi rahang bawah tidak bercantum sepenuhnya semasa bayi masih dalam kandungan. Namun, ini tidak menyebabkan sebarang gejala lain.


Adakah anda mempunyai salah satu dari mana-mana ciri ini? Apakah bahagian badan anda yang membuatkan anda berasa unik dan lain dari orang lain?

Sumber: Brightside




Catat Ulasan

0 Ulasan