TUKANG CUCI WANITA DI MASJID NEGARA FASIH BERBAHASA JEPUN TARIK PERHATIAN WARGANET

Fasih menguasai berbagai bahasa adalah satu perkara baik yang sepatutnya dikuasai oleh ramai orang. Bukan sahaja mudah untuk berurusan dengan orang lain malah ianya bagus untuk meningkatkan keyakinan diri. 




Seorang wanita yang bekerja yang bekerja sebagai tukang cuci, dilihat fasih berbahasa Jepun ketika berbual dengan tetamu dari negara matahari terbit itu yang ditemuinya ketika melakukan tugasnya. 

Salah seorang tetamu merakam video perbualan antara wanita tersebut dengan beberapa tetamu dari Jepun yang kebetulan membawa sekumpulan perwakilan Jepun melawat masjid negara.



Selepas berada di hadapan kumpulan pelawat dan mendengar mereka berbual-bual, wanita bertudung itu dikatakan kelihatan ingin tahu dan mendekati perwakilan Jepun sebelum bercakap dengan mereka dengan yakin dalam bahasa Jepun.

Video berdurasi 45 saat itu menunjukkan wanita itu menukar kod antara bahasa Melayu, Inggeris dan Jepun untuk menjelaskan kepada mereka yang hadir kala itu dalam bahasa Melayu , sambil memegang mop.

Ketiga-tiga lelaki yang beramah mesra dengan wanita itu kelihatan mendengar dengan tekun dan sopan apa yang diperkatakan olehnya.

BACA:PELANGGAN BATALKAN TEMPAHAN DAN MINTA DEPOSIT DIKEMBALIKAN, FASHION DESIGNER INI PILIH UNTUK KEKAL ISTIQAMAH

Video tersebut mendapat perhatian warganet dan rata-ratanya
 memuji kebolehan wanita tersebut fasih berbahasa jepun. Ada juga yang menyatakan rasa ingin tahu mereka mengenai latar belakang wanita itu dan bagaimana dia belajar bahasa yang berbeza.

Wanita tersebut dikenali sebagai Kak Ning atau , nama penuhnya Nirmaningsih Mawi mendedahkan dia pernah bekerja sebagai pemandu pelancong selama lebih 30 tahun. Dalam tempoh tersebut dia telah menguasai 4 bahasa asing. Jepun, Arab, Jerman dan Inggeris. 
Bermula pada tahun 1990 dia mula mengikuti kursus bahasa. 

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan , dia tidak dapat meneruskan pekerjaan sebagai pemandu pelancong dan mula bertugas menjadi tukang cuci di masjid negara. 

 

"Empat bulan saya tidak bekerja sebelum ambil tawaran bekerja sebagai tukang cuci di sebuah syarikat.

"Saya bekerja di situ selama enam bulan sebelum beralih ke syarikat sanitasi dan kini di sini (Masjid Negara) bersama suami yang juga bekerja sebagai tukang cuci.

"Satu pengalaman baru kerana dulu, saya bawa pelancong ke masjid tetapi kini bekerja di sini pula," katanya ketika ditemui di Perpustakaan Sheikh Iris Al-Marbawi, di sini.



Bercerita lanjut, Kak Ning berkata, peluang bekerja sebagai tukang cuci di masjid memberinya banyak pengalaman baru yang menyeronokkan.

"Di sini, saya dapat jumpa pelancong setiap hari, jumpa dan makan tengah hari dengan suami, solat dan baca al-Quran.

"Selain itu, ada banyak kelas agama seperti tadarus jadi itu yang menarik malah saya sudah anggap masjid ini seperti 'heart of the city.

"Cuma, anak ada minta saya cari kerja lain tapi bagi bagi saya ia (tukang cuci) tetap satu pekerjaan malah beri peluang saya bersama suami," katanya.

Sumber: hmetro

Catat Ulasan

0 Ulasan