KISAH 2 ARTIS KOREA YANG BERKAHWIN DENGAN AHLI KELUARGA 'SAMSUNG' DENGAN 2 NASIB BERBEZA

KISAH 2 ARTIS KOREA YANG BERKAHWIN DENGAN AHLI KELUARGA 'SAMSUNG' DENGAN 2 NASIB BERBEZA |  Setiap kali ada artis Korea yang berkahwin dengan keluarga Cheabol, kehidupan mereka akan terus menjadi sorotan media dan orang ramai dalam apa juga perkara. Dari kisah rumahtangga hinggalah aktiviti sosial yang melibatkan artis dan keluarga tersebut.




Di Korea, dua artis yang berkahwin dengan ahli keluarga pemilik syarikat besar, Samsung ialah Go Hyun Jung dan Im Yoo Jin. Sejak berkahwin media mula memberi tumpuan pada kisah rumah tangga 2 artis ini walaupun sebelum berkahwin, mereka memang sudah popular. 

Walaupun sama-sama dengan latar belakang luar biasa, mereka menjadi perbincangan publik kerana mempunyai nasib yang berbeza.

 

Go Hyun Jung 


Diawal hubungan  Go Hyun Jung dengan kekasihnya, salah seorang cucu kepada pemilik Samsung, Ramai yang berasa cemburu dan menganggap Hyun Jung sebagai seorang yang sangat beruntung. Apalagi ketika mereka mengumumkan perkahwinan mereka, media mula memberi perhatian besar kepada pasangan ini




Sayangnya pernikahan mereka tidak bertahan. Go Hyun Jung berkahwin dengan cucu pengasas Samsung tersebut ketika dia berada di puncak kariernya. Ketika itu ramai yang berpendapat Hyun Jung akan hidup bahagia dan keluar dari dunia hiburan. Tapi pada 2003, Hyun Jung membuat permohonan perceraian.



Go Hyun Jung dikatakan dilayan dengan dengan kurang baik dalam keluarga mertuanya. Keluarga mertuanya sering menggunakan bahasa Inggeris ketika berkumpul dan menyisihkan Hyun Jung dalam banyak perkara. 

Disebabkan itu Hyun Jung pun  berusaha untuk bergaul dan belajar bahasa Inggeris. Tapi kemudian keluarga suaminya menukar bahasa seharian mereka dengan bahasa Perancis. Hyun Jung juga mendakwa dia sering diperlakukan seperti pembantu walaupun selepas melahirkan dua orang anak.

BACA
BEKAS PUTERI QATAR DITEMUI MATI AKIBAT PENGAMBILAN DADAH BERLEBIHAN - 10 TAHUN BERJUANG UNTUK HAK PENJAGAAN ANAK-ANAK

Laporan media juga mendedahkan bekas suami Go Hyun Jung sendiri tidak pernah cuba  melindungi isterinya ketika di layan dengan buruk oleh keluarganya sendiri. Dari penceraian tersebut Go Hyun Jung mendapat wang pampasan sebanyak 1.5 bilion won sebaik mereka rasmi bercerai.

Go Hyun Jung juga kehilangan hak penjagaan dua anaknya dan dia juga dilarang dilarang bertemu mereka.



Setelah itu, Go Hyun Jung kembali ke dunia hiburan. Walaupun popularitinya meningkat selepas bercerai., Samsung pernah menolak untuk menggunakan khidmat pelakon ini dalam iklan-iklan mereka.

Go Hyun Jung juga mendakwa dia mahu kekal didalam dunia lakonan agar anak-anaknya dapat melihatnya dari jauh.



Im Yoo Jin


Seorang lagi pelakon Korea yang berkahwin dengan ahli Keluarga Samsung adalah Im Yoo Jin.Walaupun popularitinya tidak sehebat Go Hyun Jung namun dia sebenarnya lebih beruntung dalam perkahwinan dan percintaan bersama anak Naib Pengerusi Samsung Electronics.




Yoo Jin di lamar oleh Yoon Tae Young yang juga seorang pelakon. Mereka berkahwin pada Hari Valentine tahun 2007 dan dihadiri 4000 tetamu undangan, termasuk ahli perniagaan seluruh dunia , ahli politik dan juga selebriti terkenal.

Pengalaman Yoon Tae Young yang pernah bekerja di industri hiburan membuatkan dia lebih memahami kerjaya dan kehidupan isterinya. Walaupun gosip dan khabar angin mengenai perkahwinan mereka sering muncul namun mereka masih pasangan suami isteri sehingga sekarang

Perkahwinan selama 15 tahun , pasangan ini dikurniakan 3 orang anak dan memilih meninggalkan dunia hiburan untuk fokus mengurus keluarga dan perniagaan mereka.



Catat Ulasan

0 Ulasan