PELANGGAN BATALKAN TEMPAHAN DAN MINTA DEPOSIT DIKEMBALIKAN, FASHION DESIGNER INI PILIH UNTUK KEKAL ISTIQAMAH.

PELANGGAN BATALKAN TEMPAHAN DAN MINTA DEPOSIT DIKEMBALIKAN, FASHION DESIGNER INI PILIH UNTUK KEKAL ISTIQAMAH. | Setiap rezeki sudah diatur sebaik-baiknya oleh Allah s.wt . Jika ianya milik kita, macammana sulit sekali pun akan tetap sampai pada kita. Rezeki yang hebat itu adalah rezeki yang berkat. Berkaitan juga dengan cara, tujuan dan bagaimana kita mencari rezeki. 



Selepas berita nya berhijrah terpapar di laman sosial , pereka fesyen Rico Rinaldi mendakwa hampir semua pelanggan nya yang membatalkan tempahan dan meminta wang deposit dikembalikan. Ianya bagaikan satu tamparan hebat bagi Rico kerana seorang pelanggan dikenakan deposit antara RM3000- RM5000 .  

Pada awal hijrahnya dia sangat yakin rezeki untuknya pasti ada, namun kejadian tersebut membuatkan dia sedikit goyah. Dia terus kembali teringat kata-kata teguran dari ustazah Asma dan kembali yakin rezeki yang datang itu bukan dari manusia tapi dari Allah.

"Kalau korang nk tau, bila aku buat keputusan ni sebaik sahaja aku dapat penjelasan dari Ustazah Asma' Harun hampir 10 orang customer mintak deposit booking balik. Fuhh satu tamparan hebat pernah aku alami. Bayangkan satu customer kau boleh dapat paling busuk RM3500-RM5000.

Tu paling basic untuk baju nikah. Tapi semua minta cancel. Time hantar text dekat manager aku tentang ‘hijrah kecil’ aku, hati aku sangat kuat dan yakin. Tapi tak sangka rezeki tu terus ‘hilang’ sekelip mata. 

Tapi tak, aku percaya seperti mana yang ustazah cakap, rezeki yang berkat tu bukan manusia yang bagi, tapi Allah. Rezeki berkat tu luas, dia bukan banyak tapi dia boleh bawa ke syurga. 




Kau bayangkan rezeki tak berkat tu macam mana? Ok kau banyak duit, then kau beli rumah, kereta, bagi asnaf bagi sedekah tapi semua tu tak berkat. Benda yang patut jadi pahala ke alam barzah mungkin boleh jadi sebaliknya. 

Takut memang takut. Aku cuba istiqomah dan aku amat mengharapkan doa dan sokongan korang. Benda ni kita tak tau kan? Bahkan kalau aku dah akad dengan customer tu pun (contoh: saya buat baju seksi awak ni tapi saya taknak tanggung dosa ya) tapi sebenarnya aku jugak yang buat baju tu. 

Takpe slow-slow aku belajar and slow-slow customer akan faham. Semoga kita semua dapat masuk syurga sama2 ok..  Yang taknak buat baju seksi boleh roger aku tau.. "


Rico menulis posting tersebut di laman twitter nya dan mendapat kata-kata semangat dari ramai pengikutnya. 

"Hi Rico  you have beautiful heart. I always dream to wear your designs. InshaAllah one fine day. I pernah dengar ceramah, and ustaz tu kata "biar rugi didunia jangan rugi diakhirat" and I do believe, keberkatan yg you cari inshaAllah akan diterima Allah" - @thelosefaith_

"Jangan risau. 1 pintu tertutup, pasti akan ada banyak lagi pintu yang terbuka luas. Moga Rico diberikan kekuatan utk istiqamah utk jadi qawwam penjaga bagi para wanita. Rezki Allah yg kurnia,bukan di tgn manusia." - @TiadaCarut

"Bila kita dah nekad nak berhijrah, memang ujian datang bertubi-tubi. Itu tanda Allah masih sayang, legalah kita bila tahu Allah masih sayang. Sabar, akan ada kebaikan yang datang selepas ujian Allah" - @emaznl 




Rico Rinaldi menunaikan fardu haji pada july lalu dan sekembalinya beliau dari mengerjakan haji beliau membuat keputusan untuk berhijrah dengan tidak lagi mengambil tempahan baju yang tidak menutup aurat selepas mendapatkan penjelasan dari Ustazah Asma berkaitan rezeki yang diperolehi dari kerjayanya sebagai pereka fesyen.

Rico yang memulakan kerjaya nya sejak tahun, seorang pereka fesyen yang diknali ramai dan banyak busana rekaan nya menjadi pilihan selebriti dan dia juga menghasilkan koleksi-koleksi busana pengantin .Dia juga designer pertama di Malaysia yang bekerjasam dengan Starbuck.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan