REVIEW DAN SINOPSIS : BECOMING WITCH

REVIEW DAN SINOPSIS : BECOMING WITCH | Menarik juga drama baru yang ditayangkan di Netflix ni. Drama becoming Witch ni ditayangkan sejak 25 jun lalu. hingga artikel ni ditulis, ianya dah memasuki episod ke 6. 



Apa yang boleh aku katakan drama ni sangat menarik sebab ada 3 kisah yang dipaparkan. 3 orang sahabat baik dengan 3 kisah berbeza. Tapi ianya berkisahkan tentang rumahtangga.

Sedih, kelakar dan mendebarkan. Kisah Hee Soo memang menyedihkan yang terpaksa menjaga ibu mertua nya yang sakit. Kisah Ma Ri pulak tentang suaminya yang curang dan nak kan perceraian tapi  Ma Ri tak mau bercerai., kisah yang kelakar sangat.  Dan kisah  Jin A  yang mendebarkan. Boleh dikatakan kisah Ma Ri paling menarik  bagi aku sebab ada banyak babak kelakar.

Paling bosan kisah Jin A dengan suami dia yang tiba-tiba muncul dan bawak lari duit insurans yang dia dapat dari kematian suami dia. 

Awal drama ni lagi memang watak Ma Ri la yang paling buat aku meneruskan untuk tonton drama ni sampai episod 6. Tapi bila dah masuk episod 6 ni rasa macam lebih kuat perasaan nak tahu kesudahan kisah mereka bertiga ni. 

Dalam drama ni boleh tengok watak yang Lee Yu Ri bawa sebagai Ma Ri. sangat berbeza dengan drama-drama lakonan dia sebelum ni. Berbeza betul perwatakan nya. Drama ni dia bawa watak wanita yang tegas, berkarisma, kasar dan penuh tekad.

BACASINOPSIS DAN REVIEW KDRAMA SNOWDROP

Untuk Yoon So Yi dan Lee min Young, watak yang mereka pegang adalah makanan mereka je. memang dah biasa tengok mereka bawak watak yang macam ni. Aku memang dah biasa sangat tengok Lee Min Young bawa watak air mata macam ni. Sesuai sangat dengan dia. 

Mungkin pada awalnya saja drama ni nampak biasa ytapi bila dah pertengahan aku rasa drama ni wajib di tonton lagi-lagi untuk kaum wanita yang selalu jumpa lelaki tak guna. hahah.



Sinopsis Becoming Witch

Becoming Witch mengisahkan 3 orang sahabat baik yang melalui kehidupan rumah tangga mereka yang sangat sukar. Mereka sering bertemu untuk berkongsi perasaan dan apa yang sedang mereka hadapi. Mereka saling memberi semangat walaupun adakalanya mereka mempunyai pendapat yang berbeza. Mereka mempunyai satu tujuan yang sama iaitu membunuh suami mereka sendiri. 

Ma Ri berkahwin dengan seorang pembaca berita Tv dan dia mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit. Suaminya meminta untuk bercerai namun Ma Ri menolak. Walaupun dia seorang wanita yang kasar namun dia menyayangi suaminya. namun disebabkan suaminya yang berkeras untuk bercerai , Ma Ri mula merancang sesuatu yang mengerikan untuk mengakhiri perkahwinan nya.

Chae Hee Soo seorang isteri yang sangat baik. Berkahwin dengan keluarga yang kaya namun perniagaan keluarga mertuanya mengalami kejatuhan. Ayah mertuanya meninggal dan ibu mertuanya terlantar sakit. Dia lah yang terpaksa menjaga ibu mertua nya dengan panuh kasih sayang. Selepas ibu mertuanya meninggal, dia mewarisi semua kekayaan ibu mertuanya. Namun apa yang menyedihkan ialah suaminya mahu mengakhiri perkahwinan mereka dengan alasan tidak mahu Hee Soo berada dalam keluarga nya yang teruk . ( kakak ipar yang  tamakkan harta ditambah kekesalan nya membuat Hee Soo menjaga ibunya) .



Yang Jin A mendapat sejumlah wang insurans dari kematian suaminya, Dia menyembunyikan wang tersebut di bawah katil. Dia  kerap membeli belah dan berbelanja mewah.Namun untuk memastikan wang nya selamat dia hanya menyewa di bilik kecil dan menyembunyikan wang tersebut di bawah tempat tidurnya.Satu hari dengan tidak disangka-sangka suaminya muncul di depan mata. Dia sangat terkejut dan menyembunyikan suaminya di dalam rumah. Malangnya dia tidak menyedari suaminya mempunyai rancangan untuk membawa lari wang tersebut.

 

Pelakon Becoming Witch 

Lee Yu Ri

Lee Min Young

Yoon So Yi

Jun Sang Hoon

Ryu yeon seok

Kim Young Jae

Ye Soo Jung 


Catat Ulasan

0 Ulasan