SINOPSIS DAN REVIEW : SNOWDROP

SINOPSIS DAN REVIEW KDRAMA SNOWDROP |Ramai rupanya yang belum tonton drama ni. Drama ni menimbulkan kontroversi di Korea Selatan sebab dikatakan ada fakta sejarah yang diselewengkan. Jadi banyak la protes² untuk drama ni digugurkan dari tayangan.


Disebabkan banyak protes jadi drama ni tak dapat banyak sambutan le. Tapi ramai orang luar macam kita atau negara lain memang akui drama ni menarik dan best. 

Lagi pulak pelakon nya juga hebat² dan memang popular. Bagi yang tak minat drama aksi dan politik korea mungkin akan rasa boring. Sebab ini bukan drama cinta romantik 24 jam sehari tu. Tapi kisah cinta nya memang menyayat hati dan menyedihkan.

Kau bayangkan lah, lelaki yang kau jatuh cinta pada jumpa pertama kali rupanya perisik dari Korea Utara. Lepas tu siap jadikan kawan² kau sebagai tebusan. Sedih le...

Sinopsis Snowdrop

Soo Ho seorang perisik dari Korea utara dihantar ke Korea Selatan atas satu kesepakatan untuk menjalankan satu misi. Polis Korea Selatan mula memburu Soo Ho. 



Di Seoul dia bergaul dengan pelajar² universiti untuk memudahkan dia menjalankan misi nya.  dan satu hari salah sorang kawan dia ajak pergi  temujanji. Masa tu la dia jumpa dengan Young Ro. Mereka saling tertarik tapi So Ho mungkir janji dan mereka terputus hubungan.

6 bulan kemudian Soo Ho diburu polis dan dia lari masuk ke asrama perempuan. Kebetulan dia lari masuk ke bilik Young Ro. Dia yang cedera parah disembunyikan Young Ro dan kawan sebilik. 

Mereka tak tahu Soo Ho sebenarnya perisik dari Korea Utara. Dengan bantuan Young Ro dan kawan2, Soo Ho dapat keluar. 



Sekali lagi Soo Ho jadi buruan dan berlari masuk ke asrama. Kali ni dia masuk dengan 3 perisik lain dan menawan semua orang dalam asrama perempuan tu termasuk Young Ro.

Dapat ke Young Ro dan pihak Korea Selatan menyelamatkan tebusan dalam asrama? Apa kesudahan Soo Hoo dan Young Ro??



Pelakon Snowdrop

Jung Hae-In - Im Soo-Ho

Kim Ji-Soo - Eun Young-Ro

Jang Seung-Jo - Lee Gang-Moo

Yoo In-Na - Kang Chung-Ya

Kim Hye-Yoon - Kye Boon-Ok

Yoon Se-Ah - Pi Seung-Hee

Jung Eugene - Jang Han-Na

Catat Ulasan

0 Ulasan