REVIEW DAN SINOPSIS : TWENTY- FIVE, TWENTY-ONE

REVIEW DAN SINOPSIS TWENTY- FIVE , TWENTY- ONE  | ( Seumuldaseot Seumulhana) - kdrama 2022 

Rating 9/10

Tak sabar sangat nak review drama best ni. Baru 2 episod dah sibuk nak review.🤭🤭 Tak la korang terlepas nanti. 


Review Twenty Five , Twenty One

Drama ni berlatar belakang kan tahun 1997 - 1998 dan penghujung 90 an la. Waktu berlaku nya krisis ekonomi dunia.

Pelakon nya Nam Joo dan Kim Te Ri.  Bawak watak remaja. Yang bestnya drama ni ada kelakar ..watak Na Hee Do yang dilakon kan Kim Te Ri tu kelakar sangat. Dia remaja yang ceria, ada hati yang baik ,comel dan aktif dalam sukan lawan pedang.

Nam joo sebagai Yi Jin, anak orang kaya tapi ayahnya bankrup sebab krisis ekonomi dan mak ayah dia berpisah.  Dia kena bekerja untuk sara diri dia dan adik dia.

Lakonan Nam Joo ni aku kurang minat la sebab  sama je macam drama lain yang dia lakon kan. Mungkin sebab dapat watak pun tak lari jauh sangat. Sama je.. macam boring je tengok dia..🤣🤣



Sinopsis Twenty Five, Twenty One

Na Hee Doo anak seorang pembaca berita . Dia selalu merasakan perasaan nya diabaikan oleh ibu yang sibuk bekerja.. Namun dia seorang yang ceria dan mempunyai minat mendalam terhadap sukan lawan pedang. Malah kesunyian nya disi dengan membaca komik Full House. 2 perkara tersebut cukup membuatkan dia bahagia. 

Dia begitu mengagumi atlit lawan pedang Kebangsaan , Ko Yu Rim. 

Disebabkan krisis ekonomi, sukan lawan pedang disekolah nya terpaksa dihentikan kerana kekurangan dana. Hee Do membuat keputusan untuk bertukar kesekolah di mana Ko Yu Rim berada.  Namun dibantah oleh ibunya.



Hee Do mula merancang agar dia dibuang sekolah supaya dia dapat berpindah ke sekolah Ko Yu Rim.akhirnya ibu Hee Do mengalah dan menghantar Hee Do ke sekolah baru.

Pertemuan pertama Hee Do dan Yu Rim mengubah pandangan Hee Do pada Yu Rim. Yu Rim bukan lah seperti yang Hee Do sangka kan.

Dalam masa yang sama Hee Do mengenali Yi Jin, lelaki yang selalu menghantar surat khabar dirumahnya..hubungan mereka menjadi baik dan selalu berkongsi masalah. 

Gitu je la sinopsis sampai episod 2. Nak tau seterusnya kna tengok drama best ni. Comfirm korang terhibur. 

Pelakon Twenty Five, Twenty One

Kim Tae-Ri - Na Hee-Do

Nam Joo-Hyuk - Baek Yi-Jin

Bona - Go Yoo-Rim

Choi Hyun-Wook - Moon Ji-Woong

Lee Joo-Myoung - Ji Seung-Wan

Catat Ulasan

0 Ulasan