REVIEW DAN SINOPSIS : GHOST DOCTOR

REVIEW DAN SINOPSIS : GHOST DOCTOR | Sehingga artikel ini ditulis, drama ni baru masuk episod 6. Masih berbaki 10 episod lagi. Drama ni mendapat rating yang cukup tinggi setiap minggu disaluran TVN.



Dilakonkan oleh Rain dan Kim Beom menjadikan ini adalah drama yang ditunggu-tunggu untuk tahun 2022. 

Drama komedi yang sangat menarik jalan ceritanya dan lucu. Saya cuma harap drama ni tak ada babak ciuman antara Rain dan Uee sebab saya peminat Rain dan isterinya. Sedih la kalau dia cium orang lain. 🤣🤣

Drama dengan genre perubatan dan fantasy yang bagi saya ada kelainan la dari drama2 perubatan yang lain. 

Dah masuk epiaod 6 tapi saya masih tertunggu-tunggu siapa hantu yang wataknya dipegang oleh Sung Dong Ill. Apa kisah dia. Nampak macam dia dah lama berada dihospital tu. Mungkin juga dia adalah hantu yang merasuk Cha Young Min masa awal2 Young Min baru jadi doktor dulu.. mungkin la. Saya teka saja😅

Masa episod 5 tu macam terkejut sikit bila Seung Tak sebenarnya memang boleh nampak hantu sejak kecil pagi. 

Nampak agak bijak jugak la drama ni bila Seung Tak nak bercakap dengan Young Min, dia akan pura2 berbual di telefon. Nampak la logiknya disitu. Tak macam drama hantu lain, boleh bercakap depan orang ramai macam tu saja. 



Tapi ada juga aneh nya bila Young Min dapat bilik sendiri dan dijaga doktor khas padahal Young Min bukan doktor yang digemari ramai. 🤣. Kat situ je la tak nampak apa sebab kena ada bilik khas dengan doktor perempuan tu. 

Part lain memang best dan kelakar. Lagi2 bila tengok Young Min marah pada Seung Tak. 🤣

Sinopsis Ghost Doctor

Cha Young Min seorang pakar bedah yang dihormati, tegas dan melakukan kerjanya dengan sebaik mungkin. Namun ramai yang tidak menggemari cara kerjanya yang sentiasa tegas.

Satu hari dia terlibat dalam kemalangan jalan raya dan membuatkan dia koma terbaring di katil hospital. Namun roh Young Min bebas berkeliaran di hospital tersebut.

Secara tidak sengaja dia merasuk seorang doktor baru dan melakukan pembedahan keatas dirinya sendiri. Seung Tak seorang doktor baru dihospital tersebut. Dia tidak pernah melakukan pembedahan dan keberadaan nya dihospital tersebut hanya atas arahan datuknya yang juga pemilik hospital, yang ingin melihatnya menjadi seorang dokor.

Sepanjang Young Min berada dalam koma, dia mula menyedari bahawa kemalangan yang berlaku padanya dan beberapa kejadian dihospital adalah satu rancangan jahat seseorang. 



Pelakon Ghost Doctor

Rain - Cha Young-Min

Kim Beom - Go Seung-Tak

Uee - Jang Se-Jin

Son Na-Eun - Oh Soo-Jung

Kim Jae-Yong - Lee Sun-Ho




Catat Ulasan

1 Ulasan