REVIEW DAN SINOPSIS : SHADOW BEAUTY

REVIEW DAN SINOPSIS : SHADOW BEAUTY | Drama ni drama pendek je. Di adaptasi dari webcomic tajuk yang sama. Ada 13 episod tapi satu episod tu dalam 20 minit saja. Kalau korang tak de masa nak tonton drama panjang -panjang boleh la tengok drama ni. Bagi saya drama ni sangat menarik. Jalan cerita best, watak-watak pun best.



Mungkin sebab ni drama budak-budak sekolah jadi ramai yang tak rasa nak tengok . Siapa yang dah tengok tu mesti rasa tak rugi tonton drama ni. Drama pendek jadi tak puas nak tonton sebab best sangat. 

Yang best nya drama ni sebab dia macam ada plot twist tau. setiap episod tu ada kejutan. Dan setiap watak tu ada kisah rahsia mereka sendiri. 

sinopsis Shadow Beauty

Rating: 8/10

Goo Ae Jin seorang pelajar yang tak cantik. Dia selalu dipandang rendah dan jadi bahan usikan kawan-kawan sebab wajah dia yang tak cantik. Salah seorang pelajar yang selalu ganggu dia ialah Ha Neul. 


Masa awal-awal Ae Jin pindah ke sekolah tu dia memang kawan baik dengan Ha Neul. Tapi disebabkan ada sorang pelajar yang cemburu dengan hubungan baik Ha Neul dan Ae Jin,  jadi Ha Neul tak suka kat Ae Jin.

Walaupun Ae Jin ni tak cantik tapi tak de siapa yang tahu dia sebenarnya seorang yang sangat popular di sosial media. Dengan jumlah pengikut 700k dengaan menggunakan nama Genie. Dia juga selalu dapat barang sponser untuk review. Apa saja yang Genie guna semua pengikut dia nak juga barang tu. Gitu lah betapa hebatnya Genie. 




Tapi sebab tak cantik Ae Jin akan memastikan setiap gambar yang dia muat naik kat sosial media Genie , diedit  menjadi wajah gadis yang sangat cantik.

Satu hari Ae Jin dapat satu satu pesanan dari sorang lelaki. Lelaki tu kata dia tahu Genie ialah Ae Jin. Awalnya Ae jin ingat lelaki tu adalah Ji Sung, Lelaki yang paling baik dengan dia kat sekolah tu. Tapi rupanya bukan.. Lelaki tu ialah .... ???

Tapi lepas identiti lelaki tu terdedah, Ae Jin jadi kawan baik dengan lelaki tu..

Nak tau seterusnya apa yang jadi?? Tonton drama Shadow Beauty. 

#reviewbydiana



Pelakon Shadow Beauty

Shim Dal-Gi - Goo Ae-Jin

Choi Bo-Min - Kim Ho-In

Lee Na-Gyung - Genie

Hur Jung-Hee - Yang Ha-Neul

Yang Hong-Seok - Lee Jin-Sung

Baek Ji-Hye - Jo Sae-Hee

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan