REVIEW DAN SINOPSIS: UNCLE

REVIEW DAN SINOPSIS: UNCLE | Saya nak review satu drama menarik lakonan Oh Jung Se. Kalau korang pernah tonton It's Okay to Not Be Okay , mesti korang suka dengan lakonan dia yang jadi si abang yang istimewa tu. 



Drama ni menggantikan drama Jirisan yang juga mendapat rating tinggi untuk drama tvn.

Kebanyakan drama lakonan Oh Jung Se memang best..Selalu nya dapat watak sampingan je kali ni pegang watak utama sebagai bapa saudara seorang kanak-kanak yang pernah jadi mangsa dera keluarga ayahnya.

Drama ni drama muzikal tentang kekeluargaan, tapi nyanyi² tu sekejap² je. Tak banyak pun. Baru masuk episod 6 tapi rating tinggi tau. Banyak website yang bagi rating lebih dari 7/10.

Jadi saya rasa korang pun tak boleh terlepas drama best ni. Ada jugak babak leleh airmata. Biasalah cerita keluarga mesti ada babak sedih.

Part palong menarik dalam drama ni dah tentu la pembalasan demi pembalasan untuk orang2 yang suka menganiaya. Tapi macam biasa la, kalau watak jahat tu bukan senamg nak jadi baik. Nekad sungguh setiap watak jahat tu.

Biasanya drama macam ni, pengakhiran nya tu sangatlah memuaskan hati penonton. 🤣🤣



Sinopsis Kdrama Uncle

Rating: 9/10

Joon He berkahwin dengan lelaki dari keluarga kaya. Tapi malangnya dia dan anak dia didera keluarga mertua nya. Mak mertua yang jahat.

Joon He berjaya larikan diri dengan anak dia dengan bantuan pembantu² rumah dan dia failkan penceraian. 

Sejak tu dia bersembunyi dari bekas keluarga mertua dia sebab dia tahu bekas mak mertua dia nak ambil anak dia.

Anak dia ,Ji Hoo alami trauma yang dasyat disebabkan nenek dan ayah dia.  Joon Hee bawak anak dia ke satu tempat yang jauh dan bersekolah di sekolah khas sebab sekolah tu ada belajar muzik.

Dia juga nak anak dia kenal dengan adik lelaki dia yang dah lama terpisah, joon Hyeok. Joon Hyeok ni dulu artis idola ramai. Tapi kerjayanya menurun dan dia dah tak popular. 

Joon Hyeok terpaksa juga lah muncul dan jumpa kakak dia dan anak saudara dia.. Dalam masa yang sama dia terpaksa lindungi kakak dan anak saudara dari wanita2 nelagak elite di kejiranan kakak dia tu. 

Anak saudara dia kat sekolah pun didiskriminasi sebab diaorang hanya menyewa kat situ. 



Pelakon Kdrama Uncle 2021

Oh Jung-Se - Wang Joon-Hyeok

Lee Kyung-Hoon - Min Ji-Hu

Jeon Hye-Jin - Wang Joon-Hee

Park Sun-Young - Park Hey-Ryeong

Lee Sang-Woo - Joo Kyeong-Il

Hwang Woo Seul Hye - Kim Yoo-Ra

Kim Do-Won - Choi Ji-Hong

Lee Si-Won - Song Hwa-Eum

Kim Min-Chul - Jang Do-Kyung

/>

Post a Comment

0 Comments