REVIEW DAN SINOPSIS: BULGASAL: IMMORTAL SOULS

REVIEW DAN SINOPSIS: BULGASAL: IMMORTAL SOULS | Ini adalah Kdrama yang sedang ditayangkan di saluran Netflix sekarang ni  dan dikatakan mendapat sambutan jugak walaupun ada yang kata drama ni agak slow dan rumit untuk difahami.


Tapi bagi saya drama ni menarik pada jalan ceritanya.  Berlatar belakang kan suasana pada zaman peperangan antara manusia dan monster yang berlaku beratus tahun dahulu kemudian setiap watak dilahirkan semula pada era kini. 

Kalau nak tengok babak romantik dalam drama ni, setakat episod ke 9 ni nampaknya masih belum ada. 0.5 % babak tu ada diselitkan tapi ianya tak menimbulkan rasa romantik pun pada penonton.

Ianya lebih kepada aksi dan misteri. Setiap Bulgasal hanya ada kelebihan dari segi kekuatan fizikal sahaja. Tidak la mereka ada kuasa magis macam dramaa  fantasi yang biasa kita tonton.

Tips untuk menonton drama ini: fokus dan jangan terlepas satu episod pun..



Sinopsis Bulgasal: Immortal Sols

Rating: 7/10

Dal Hwan dilahirkan dengan sumpahan Bulgasal, makhluk yang memburu darah manusia. Disebabkan sumpahan tersebut dia dibuang oleh ayah dan penduduk kampung. Mereka mahu Dal Hwan mati demi menyelamatkan nyawa penduduk kampung yang sering menjadi mangsa Bulgasal yang kejam.

Ketika menyelamatkan diri dia diambil oleh seorang lelaki yang menjaganya dengan sangat baik. Dal Hwan kemudian nya berkahwin dengan anak gadis lelaki tersebut dan mendapat anak yang terkena sumpahan Bulgasal. 

Ketika Dal Hwan memburu Bulgasal, anak dan isterinya mati . Malang dirinya tidak habis disitu. Jiwanya diambil oleh Bulgasal. Dal Hwan menjadi kekal abadi dan sepanjang hidupnya dia memburu Bulgasal yang mengambil jiwanya.

Bulgasal yang mengambil jiwa Dal Hwan  dilahirkan kembali dan diburu sepanjang kehidupan nya. 



Pelakon Bulgasal: Immortal Souls

Lee Jin-Wook - Dan Hwal

Kwon Na-Ra - Min Sang-Woon

Lee Joon - Ok Eul-Tae

Gong Seung-Yeon - Dan Sol

Jung Jin-Young

Park Myung-Shin

Kim Woo-Seok


/>

Catat Ulasan

0 Ulasan