KERUSI LIPAT DECATHLON YANG SANGAT SELESA BOLEH TAMPUNG BERAT SEHINGGA 110KG

KERUSI LIPAT DECATHLON YANG SANGAT SELESA BOLEH TAMPUNG BERAT SEHINGGA 110KG | Agak lama bertangguh nak siapkan post pasal kerusi lipat Decathlon ni disebabkan keadaan PC saya yang agak slow sampai tak boleh buat kerja. 

Tapi disebabkan dah ada yang tanya pasal kerusi ni, so hari ni saya update jugak la. Harap-harap dapat membantu ramai pembaca untuk membuat pilihan. Untuk pengetahuan semua saya dah pantau kerusi lipat yang berbagai jenis dan jenama. 






Memandangkan tempat latihan bola anak saya, ramai ibu bapa yang menggunakan kerusi lipat jadi mudah bagi saya nak tengok mana satu kerusi lipat yang paling bagus dan tahan lama serta selesa. Seminggu juga la masa saya ambil untuk betul-betul pastikan saya membeli kerusi lipat yang terbaik.


Selain suka pergi pantai ambil angin, tujuan saya beli kerusi ni supaya dapat duduk-duduk tepi padang masa tunggu anak saya latihan bolasepak. 2 jam ye.Tak kan nak berdiri. Malas nak tunggu dalam kereta . 



Akhirnya saya memilih kerusi Decathlon Foldable Camping Chair dan Decathlon Nature Hiking Camping Chair . Brand Quechua. Sememang nya bagi yang suka dengan aktiviti camping dan hiking mesti tahu banyak barangan dari Quechua ni sangat bagus dan berbaloi beli. Dari pakaian sampai perlatan lain semuanya berkualiti.

 

Tapi hari ni saya cuma nak review tentang camping chair sahaja.


Decathlon Foldable Camping Chair.

Harga : RM59



Kelebihan

Tinggi kerusi ni tak tinggi sangat pun. Cuma 77.5 cm sahaja Paras peha orang dewasa. Ringan sangat .. Beratnya cuma 2.8 kg.Macam berat korang bawak gula 2 kampit kan? Kalau nak simpan pun tak makan banyak ruang. Nak bawak masuk kereta pun tak payah letak kat boot , muat je. Tapi saya letak je kat boot sebab tak makan banyak ruang pun. 




Kerusi ni dicipta bukan untuk diletak ditaman-taman atau halaman rumah untuk masa yang lama sampai berhari-hari. . Jadi jangan tinggalkan diluar rumah dalam tempoh terlalu lama. Simpan bila dah tak nak guna. KIta tak nak nanti kualiti fabrik dan ketahanan nya tu berkurangan. Setiap pembelian ada warranty 2 tahun. Best kan??



Mudah sangat nak buka dan tutup. Tak perlu sampai nak bertukang. Beli terus pakai saja. Tak perlu letak skru la, pasang itu ini. Tak payah.


Kenapa patut beli Decathlon Foldable Camping Chair.


Biasanya saya guna yang ini, sebab saya yang order. Walaupun suami yang bayar tapi sebab saya yang order jadi saya patut guna yang ni. Foldable camping Chair ada tempat letak lengan. Ada juga tempat letak cawan atau yang ada tabiat merokok boleh letak bekas abu rokok kat sini supaya abu rokok tak ganggu orang lain.  (walaupun asapnya mengganggu ).



Sambil-sambil tengok pemandangan depan mata kita boleh minum kopi. Tak payah kejap2 bangun letak kopi kat meja  ke apa. Tak payah risau air minum kita tumpah.Kemudian tempat letak tangan ni serius selesa sangat. Rasa macam kerusi ni dibuat untuk setiap orang yang ada berbagai saiz badan. Kecik besar mesti selesa nak guna. Boleh menampung berat sehingga 110kg. Kalau siapa yang muat nak bersila atas ni pun boleh. Tak payah risau. 



Saya ada nampak kakak sorang ni dia memang saiz badan gemuk. Saya agak beratnya dalam 90-100kg. Dia duduk nampak selesa je. Tak de rasa takut2 nak duduk. Maknanya kita nak duduk pun rasa yakin.  


Decathlon Nature Hiking Camping Chair

Harga: RM49





Kerusi lipat  yang ni tak de tempat letak lengan. Yang ni dia macam basic sahaja. Kelebihan nya sama saja macam foldable chair. Berat pun lebih kurang saja.Saiz ukuran nya juga sama dengan foldable chair. Ada warranty juga 2 tahun. Kaki dan Fabric nya juga tahan lasak. Cuma dia tak de tempat letak lengan tu saja. Jadi harganya juga kurang RM10  la dari foldable chair.


Boleh tampung berat sampai 110kg tapi saya pernah tengok ada yang berat lebih 120kg duduk atas kerusi ni. Tak jatuh , tak patah. Tapi kalau untuk pakai masa yang lama korang boleh beli yang saiz besar sikit untuk mereka yang berat cecah 150kg. Saiz dia besar sikit la dari yang saya beli  ni




Kenapa patut beli Decathlon Nature Hiking Camping Chair


Tak de tempat letak lengan ni jadi sebab kenapa saya tak suka duduk atas kerusi ni sebab saya suka tangan saya rilek tanpa buat apa2.  Tapi kalau korang jenis tak kisah asalkan dapat duduk, korang patut beli. Lagi2 kalau nak main phone , baca buku, tak payah beli yang ada tempat letak lengan tu pun. Sebab tangan korang tengah sibuk.Kan?



Berat suami saya ni dalam 90 kg lebih kurang. Nampak dia duduk . kaki kerusi tu ok je kan? Tak de bengkok atau patah.


Mungkin juga korang rasa kerusi yang ada tempat  letak lengan tu mengganggu korang nak bergerak,, pilih saja Nature Chair ini. Nak bersandar memang selesa. Tak panas. Duduk lama pun tak berpeluh. Boleh panjat2 jugak kalau nak ambil benda tinggi. 



Kat bahagian belakang kerusi lipat ni juga ada tag putih. Kat situ ada no siri item korang yang perlu  untuk korang guna masa nak claim warranty nanti. Mana la tau kalau tiba-tiba rosak.  Bab warranty ni korang kena tanya pihak Decathlon sendiri la apa yang dia cover dan tak cover .ok.



Tak tahu la kenapa saya sibuk nak tutup nombor-nombor tu. Suami kata jangan dedahkan apa-apa nombor pada orang, Kita ikut je la walaupun nombor kerusi je. 


Ada 4,5 tag ni . saya pun tak ingat la apa benda dia tulis banyak2 kat sini. 


Apa pun, saya sangat-sangat berpuas hati dengan 2 kerusi lipat ni dan harganya juga sangat-sangat berpatutan. Memang di pasaran ada brand lain yang harga serendah RM27. Tapi agak risau nak duduk. Kita nak beli apa-apa biar lah yang tahan lama.. Yang boleh digunakan bertahun-tahun. Tak mau beli benda sama berulang kali lepas tu rosak. Kos meningkat jugak..kan? 


Kalau korang berminat boleh dapatkan di Decathlon atau di website Decathlon sendiri. Harga pun sama saja beli online atau beli atas kedai. Di Shopee pun ada. Harga sama saja. Tak tahu la barang ni ada yang fake atau tak. Tapi nak lebih selamat, beli saja di website mereka www.decathlon.my . Nak yang saiz besar lagi pun ada di website Decathlon ni. 


UNTUK PEMBELIAN DI SHOPEE BOLEH KLIK SINI. https://hp.ee/59p4zqqj


Semoga bermanfaat






Catat Ulasan

0 Ulasan