INI SEBAB MENGAPA DI JEPUN SUSAH NAK JUMPA TONG SAMPAH

INI SEBAB MENGAPA DI JEPUN SUSAH NAK JUMPA TONG SAMPAH  | Di Malaysia menjadi satu masalah jika tiada tong sampah diletak kan di tepi-tepi jalan atau tempat awam. Tentu banyak sampah yang akan bertaburan disepanjang jalan dan menjadi masalah besar jika sampah-sampah terebut masuk ke longkang dan menyebabkan saluran air tersumbat.

Begitu lah pentingnya tong sampah di Malaysia.




Namun berbeza jika anda melancong ke Jepun. Anda akan melihat di sepanjang jalan atau tempat awam, tiada diletak kan tong sampah. Boleh dikatakan susah untuk anda melihat tong sampah di tepi jalan atau mungkin tidak ada lansung.

Mesti anda tertanya-tanya mengapa jepun tidak meletak kan tong sampah ditempat awam. Ini kisah sebenarnya..

Waktu pagi yang sibuk di Tokyo , Jepun pada 20 Mac 1995, beberapa kumpulan kecil yang dipercayai dari aliran agama Aum Shinrikyo yang terdiri daripada dua orang dalam satu kumpulan , masing-masing menaiki beberapa kereta api bawah tanah di stesen Kasumigakesi. Mereka kemudian melepaskan gas sarin berbahaya ke udara. 




Selepas menggunakan penawar gas sarin,kumpulqn tersebut yang terdiri dari 10 orang terus melarikan diri. Sementara itu, penumpang yang bersesak-sesak di dalam kereta api mengalami kesukaran untuk melihat dan sukar bernafas serta berebut-rebut mencari jalan keluar. Akibat dari serangan tersebut 12 orang maut, dan seramai 5500 orang dimasukkan ke hospital dan sebahagian daripada mereka koma. 

Kebanyakan mangsa pulih daripada kesan gas sarin, tetapi yang lain mengalami kesan kekal pada paru-paru, mata dan sistem penghadaman.

Sebuah jawatankuasa kecil yang ditubuhkan oleh Dewan Perundangan Amerika SYarikat berkata jika gas sarin dilepaskan dengan lebih banyak, berpuluh-puluh orang mungkin akan mati. Selepas serangan itu, polis Jepun menyerbu ibu pejabat mazhab Aum Shinrikyo dan menangkap ratusan anggotanya, termasuk pemimpin Shoko Asahara. 

Mazhab agama, yang menggabungkan Buddhisme, yoga dan falsafah Kristian pada akhir zaman itu telah disiasat untuk serangan serupa pada tahun 1994 yang membunuh tujuh orang dan pembunuhan beberapa ahli politik. 


Pada 1980-an, Asahar mula merekrut beberapa orang untuk menyertai kumpulan Aum Shinrikyo yang bermaksud "ajaran tertinggi Om". Asahara pandai mengambil kesempatan daripada kekosongan rohani yang disebabkan oleh pertumbuhan ekonomi Jepun . 

Asara menjanjikan kelahiran semula agama dan kuasa ghaib kepada anak muda Jepun yang tidak sehaluan dengan masyarakat homogen negara itu. Pada tahun 1989, Aum Shinrikyo diiktiraf sebagai mazhab agama dan menjelang 1995 mempunyai 40,000 pengikut di seluruh dunia dengan aset bernilai lebih daripada AS$1 bilion. 




Pada awal 1990-an, Asahara memasukkan falsafah Kristian akhir zaman ke dalam ajaran Buddhanya. Dia kemudian mengisytiharkan dirinya sebagai penjelmaan semula Jesus  dan Buddha Siddhartha Gautama. Aum Shinrikyo menjadi kumpulan militan, mengumpul senjata, dan merekrut saintis muda untuk mencipta senjata biokimia. Beberapa senjata biokimia yang dibuat oleh Aum Shinrikyo termasuk gas saraf seperti VX dan penyakit berbahaya seperti Q-fever dan anthrax. 

Selain itu, Asahara turut mengarahkan pembunuhan berpuluh-puluh ahli politik yang menentang kewujudan Aum Shinrikyo. Selepas dibunuh, mayat ahli politik itu dibakar dalam ketuhar gelombang mikro yang dibuat khas dan pada 1994, Aum melancarkan serangan gas sarin pertama di Matsumoto, barat Tokyo.


Sebuah kereta yang direka khas untuk melepaskan gas berbahaya itu dipandu berhampiran asrama tempat hakim dan pegawai mahkamah yang mendengar kes Aum Shinrikyo tinggal.

Akibatnya, tujuh orang meninggal dunia dan 150 yang lain terpaksa mendapatkan rawatan rapi di hospital. Kerajaan Jepun, yang dikekang oleh perlembagaan yang melindungi pertubuhan agama, gagal menangkap Asahara atau membubarkan pertubuhan itu walaupun menjadi suspek utama dalam serangan maut itu.




Kemudian pada awal 1995, Asahara memberitahu pengikutnya bahawa Perang Dunia III telah bermula dan serangan gas sarin kedua sedang disediakan ke atas sistem kereta api bawah tanah Tokyo yang digunakan oleh empat juta orang sehari.

Lima pengikut Aum Shinrikyo yang ditangkap selepas serangan maut 1995 kemudiannya dijatuhkan hukuman mati berhubung serangan itu. Sementara itu, beberapa ahli mazhab lain telah dijatuhkan hukuman penjara yang berbeza-beza tempohnya. Shoko Asahara alias Chizuo Matsumoto telah dijatuhi hukuman mati pada tahun 2004. 




Salah satu cara kerajaan jepun memastikan kejadian serupa tidak berulang ialah dengan cara tidak meletak kan tong sampah disetiap penjuru ruang atau kawasan sebagai cara memerangi keganasan.

Tong sampah yang terhad boleh dijumpai di kawasan tertentu seperti mesin layan diri, taman awam dan tandas awam. Tong sampah di kawasan keretapi bawah tanah juga diletak kan di tempat khas yang mudah dilihat dan bukan dibuat dari plastik seperti yang terdapat di taman atau kedai serbaneka.

Disebab kan itu rakyat Jepun sudah terbiasa dengan keadaan tersebut dan ketiadaan tong sampah yang banyak di tepi jalan tidak menjadi masalah besar pada mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan