CARI KAMAR SEWA LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI MAMIKOS

CARI KAMAR SEWA LEBIH MUDAH DENGAN APLIKASI MAMIKOS |  Aplikasi didalam artikel ini khusus untuk pengguna di Indonesia sahaja. Beberapa tahun lalu semasa saya berpindah ke satu negeri untuk mencari pekerjaan, perkara pertama yang menjadi masalah pada saya ialah mencari tempat tinggal.

Kalau ada saudara mara atau kawan-kawan di situ mungkin bukan masalah besar tapi bila terpaksa mengharunginya sendiri ianya agak sukar dan banyak masa terbuang kerana terlalu kerap keluar mencari bilik sewa yang lebih baik, murah dan yang paling penting dekat dengan tempat kerja. Pencarian jadi sukar kerana ianya hanya sekadar di surat khabar sahaja

credit pic: shutterstock.com

Sekarang ianya bukan satu kesulitan lagi jika kita berpindah ke daerah lain untuk mencari kos kerana ada satu aplikasi dalam bentuk website yang menyediakan khidmat ini yang dikenali sebagai MAMIKOS .

Anda juga boleh download aplikassi Maikos di google Play store


Mamikos adalah aplikasi mencari kamar sewa yang boleh dipercayai ,lengkap dan sangat mudah digunakan. Terdapat lebih 30000 info mengenai kost di pelbagai daerah di Indonesia yang tersedia untuk di layari oleh pengguna antaranya info kost Jogja, Jabodetabek, Bandung, Semarang, Malang, dan lain sebagainya.


KELEBIHAN MENGGUNAKAN WEBSITE MAMIKOS


Apa yang menariknya dengan website MAMIKOS ini ialah selain dari pada info yang lengkap ianya juga amat mudah untuk di gunakan. Sebaik anda membuka website ini , anda hanya perlu memasuk kan nama tempat atau alamat tempat yang anda ingin cari kos .kemudian anda boleh klik pada filter atau terus saja untuk CARI.



credit pic:mamikos.com

Di bahagian bawah nya terpapar gambar random beberapa kost yang masih boleh anda pilih.Misalnya anda pilih kos Pasutri Surabaya . kemudian klik saja pada gambar dan segala info kost terpapar lengkap dengan peta dan kost lain yang berhampiran. Anda juga boleh kongsikan kost yang anda lihat di website ini terus ke facebook atau sosial media untuk memudahkan rakan anda yang lain.

MAMIKOS juga menyediakan foto 360 supaya anda boleh melihat sendiri kamar kost dengan lebih jelas tanpa perlu datang sendiri ke kamar kost yang anda ingin lihat. Ianya menjimat kan masa anda.






Untuk menghubungi terus pemilik kost juga agak mudah dilakukan.Dalam setiap info ada diletak kan nombor telefon pemilik kost.Misalnya anda Anda boleh terus menghubungi pemilik kost untuk berurusan.Atau jika anda ada inginkan maklumat lain tentang kamar kost anda boleh terus menghubungi CS MAMIKOS sendiri.

Anda akan di layan dengan baik dan MAMIKOS akan sedaya upaya membantu anda. Jika tidak mahu berurusan terus dengan pemilik kost anda akan diberikan satu form contact .Di dalam form tersebut anda hanya perlu mengisi beberapa butiran dan nyatakan bila waktu yang anda inginkan untuk datang ke lokasi dan melihat kamar kost. Pihak MAMIKOS dan pemilik kost nanti akan mengatur pertemuan untuk anda.



Untuk memudahkan lagi pencarian kamar sewa anda boleh memasang aplikasi MAMIKOS di smartphone anda. Aplikasi MAMIKOS tersedia untuk smartphone dengan OS Android mahupun iOS.Dengan adanya MAMIKOS pencarian kamar sewa bukan lagi jadi masalah besar.

Catat Ulasan

0 Ulasan