REVIEW DAN SINOPSIS : SHOOTING STARS

REVIEW DAN SINOPSIS : SHOOTING STARS | Walaupun bukan peminat Lee Sung Kyung tapi aku layan jugak drama Shooting Stars ni. Drama ni disiarkan di TVN bermula 22 April lalu dan sekarang 20.5.2022 dah masuk episod ke 8. 



Awal-awalnya drama ni memang kurang menarik. Drama cinta biasa saja.  Tapi biasala bila dah layan , rasa syok pulak. Makin hari rasa makin kelakar. Drama ni berlatar belakang kan suasana orang-orang yang bekerja menguruskan artis-artis popular di Korea. 

Boleh la kita tengok macam mana cara bekerja pengurus-pengurus artis di Korea. Boleh nampak betapa seriusnya indutri drama di Korea. Mereka sangat berusaha menjaga artis dibawah agensi mereka.

Kalau keluar gosip-gosip panas atau cerita-cerita tak elok pasal artis mereka, ada bahagian dalam agensi tu  yang akan memastikan cerita tersebut tidak tersebar dan artis mereka dilindungi. 

Hero drama ni, Kim Young Dae sebagai Gong Tae Sung. Aku rasa lepas ni banyak la drama yang tampilkan dia sebagai pelakon utama. Kalau sebelum ni asyik jadi cameo je dalam drama yang best2. Drama ni memang menonjolkan dia punya lakonan . Boleh la dikatakan layak untuk jadi watak utama. Dia pun bukan tak hendsome. kan? Umur pun masih muda. Mesti banyak peluang datang lepas ni.



Drama Shooting Stars ni banyak Cameo tau. Tu yang best nya. Paling kelakar part Song Ji Hyo yang datang untuk wawancara dengan wartawan. Datang-datang terus mengantuk sebab tak de mood. Sekali dengan wartawan pun landing siap atas sofa. Aku gelak berdekah part ni sebab dia kan memang terkenal dengan kuat tidur nya.

Satu lagi part Lee Sang Woo yang memang orang dalam industry cukup faham dia sangat teliti dan cerewet. Dalam drama ni dia punya cerewet tu sampai tutup pintu kuat-kuat pun tak boleh. 

Antara cameo lain yang muncul dalam drama ni ialah Moon Ga Young, Kim Dong Wook, Park Jung Min , Chae Jong Hyeo dan ramai lagi.

Moon Ga Young dan Kim Dong Wook tu bawak watak yang sama dalam drama Find Me In Your Memori. Terubat rindu nak tengok diaorang berdua lagi dalam drama lain .. Alih2 ada dalamSooting Stars.


Sinopsis Shooting Stars

Shooting Stars mengisahkan Oh Han Byeol seorang ketua PR yang menguruskan artis dibawah agensi Starfoce Entertainment. Dia seorang ketua yang berdedikasi dan melakukan perkerjaan nya dengan baik.

Dia dan Gong Tae Sung sudah saling mengenali sejak di Universiti lagi. Kemudian mereka bekerja dibawah agensi yang ama. Oh Han Byeol sebagai seorang PR dan Gong Tae Sung sebagai pelakon yang sangat popular dan memenangi anugerah pelakon terbaik.

Walaupun sudah saling mengenali sejak lama hubungan Oh Han Byeol dan Gong Tae Sung selalu berakhir dengan krisis dan pergaduhan. 


Dalam diam, Gong Tae Sung sebenarnya menyimpan perasaan cinta pada Oh Han Byeol sejak di universiti lagi. Berbagai cara dilakukan Gong Tae Sung untuk mendekati Oh Han Byeol hingga Oh Han Byeol merasakan dia dan Gong Tae Sung adalah musuh yang tak mungkin akan berbaik.

Dalam masa yang sama seorang peguam juga mula mendekati Han Byeol dan meluahkan perasaan padanya. Gong Tae Sung mula risau jika Han Byeol jatuh cinta pada peguam tersebut dan dia memulakan langkah berani dengan meluahkan perasan cintanya pada Han Byeol.

bahagimanakah penerimaan Han Byeol pada kedua-dua lelaki tersebut?? Jom tonton drama menarik ni




Pelakon Shooting Stars

Lee Sung-Kyung - Oh Han-Byeol
Kim Young-Dae - Gong Tae-Sung
Lee Jung-Shin - Do Soo-Hyeok
Yoon Jong-Hoon - Kang Yoo-Sung
Kwon Han-Sol - Hong Bo-In
Lee Seung-Hyub - Kang Si-Duk
Kim Yoon-Hye - Park Ho-Young
Sojin - Jo Ki-Bbeum
Ha Do-Kwon - Choi Ji-Hoon
Kim Dae-Gon - Han Dae-Soo
Jang Hee-Ryung - Baek Da-Hye
Jin Ho-Eun - Byeon Jung-Yeol
Shin Hyun-Seung - Yoon Jae-Hyun
Lee Si-Woo - Jin Yoo-Na
Jung Ji-Ahn - Kim Mi-Nyeo
Yun Sang-Jeong - Chae Eun-Soo
Lee Han-Ik - Kang Min-Kyu
So Hee-Jung - Kwon Myung-Hee

Catat Ulasan

0 Ulasan