REVIEW DAN SINOPSIS : THE KILLER'S SHOPPING LIST

REVIEW DAN SINOPSIS : THE KILLER'S SHOPPING LIST | Drama yang ditunggu-tunggu ramai kini dah bersiaran . Minggu ni (14.5.2022) dah masuk episod 6. Ada lagi 2 episod sahaja lagi. 



Banyak feedback yang baik dari penonton-penonton drama ni. Mula bersiaran pada 27 April lalu menampilkan Lee Kwang Soo, Seol Hyun dan Jin Hee Kyung sebagai teraju utama.

Drama The Killer's Shopping List ini di adaptasi dari sebuah novel popular dari Kang Ji Young dengan tajuk yang sama. Dengan membawa genre Thriller, misteri dan Komedi, drama ni dapat rating siaran yang baik masa tayangan awal episod pertama. Ianya menunjuk kan bahawa drama ini memang ditunggu-tunggu terutamanya bagi peminat Lee Kwang Soo.

Awalnya aku memang tak letak harapan tinggi sangat la untuk drama ni sebab aku rasa macam drama ni saja-saja nak kaut untung guna Kwang Soo je. Tapi bila dengar kata drama ni adaptasi dari novel, terus rasa teruja nak tonton. Kdrama ni kalau adaptasi dari novel atau webton biasanya memang best.

Dan memang tak menghampakan. lagi-lagi dengan genre thriller ni aku rasa memang cukup ramai yang minat untuk tonton termasuk la aku sendiri.

Drama ni seimbang antara suspend dan komedi. tak la berlebihan. komedi nya ringan dan tak menutup babak-babak suspend yang menguatkan jalan cerita drama ni.

Fokus pada drama ni ialah mencari pembunuh sebenar.Setakat ni memang ini yang ditekan kan dalam drama ni. Aku kagum juga sebab penulis tak lari dia punya fokus dengan mewujudkan babak-babak tak penting. Ni yang buat drama ni adalah antara drama thriller yang terbaik.




Ada je babak romantis, contohnya macam babak masa diaorang minum atas bumbung guna mesin basuh mainan tu. Tapi perbualan diorang masih lagi berkisarkan tentang mangsa pembunuhan. 

Drama ni juga bawa isu-isu masyarakat terutamanya di kawasan perumahan. Isu trangender, jiran2 kuat bergosip, suka ambil tahu hal orang, cinta tak berbalas, anak kecil yang selalu berkeliaran dan macam-macam lagi. 

Jadi memang setiap episod tu boleh layan dan tak membosankan.

Sinopsis The Killer's Shopping List

Ahn Dae Sung seorang anak genius dari sepasang suami isteri yang mengusahakan sebuah kedai. Satu hari kedai mereka didatangi seorang lelaki menggunakan wang palsu.

Dae Sung dan ibunya berjaya membuatkan lelaki tersebut ditangkap polis. Lelaki yang dikenali sebagai 5 Dolar itu mula berdendam dengan Dae Sung dan ibunya dan berjanji akan kembali mengganggu Dae Sung dan ibunya.

Tahun berganti tahun perniagaan mereka semakin hari semakin maju dan mereka membuka sebuah pasaraya. Tapi Dae Sung masih belum mempunyai pekerjaan. Dia mengalami trauma akibat serangan lelaki Lima Dolar yang membuatkan dia sering berasa cemas. Kegagalan nya dalam setiap ujian kelayakan membuatkan dia terus bekerja di pasaraya milik ibunya.


Dikawasan kejiranan mereka, berlaku satu pembunuhan. Tidak lama kemudian seorang wanita yang datang ke pasaraya mereka juga turut dibunuh. Dae Sung yang sememangnya sangat arif dengan keadaan dikejiranan tersebut mula menyiasat kes pembunuhan yang berlaku kerana dia yakin pembunuhnya mempunyai kaitan dengan pasaraya yang mereka usahakan.

siapakah pembunuh yang sebenar?

Pelakon The Killer's Shopping List

Lee Kwang-Soo - Ahn Dae-Sung

Seol Hyun - Do A-Hee

Jin Hee-Kyung - Jung Myung-Sook

Shin Sung-Woo - Ahn Young-Choon

Jang Won-Young - Oh Cheon-Won

Moon Hee-Kyung - Yang-Soon

Kim Mi-Hwa - Gong-San

Park Ji-Bin - Saengsun (fish)

Ryu Yeon-Seok - Seo Cheon-Kyu

Lee Kyo-Yeob - Jung Wook

Oh Hye-Won - Yachae (vegetable)

Bae Myung-Jin - Choi Ji-Woong

Catat Ulasan

0 Ulasan