REVIEW DAN SINOPSIS : AGAIN MY LIFE

REVIEW DAN SINOPSIS : AGAIN MY LIFE | Kdrama Again My Life mendapat maklum balas yang baik dari penononton. Rating drama ni juga sangat tinggi setiap minggu. Drama ni ditayangkan di SBS setiap jumaat dan sabtu. Ada 16 episod dan sehingga artikel ni ditulis ianya dah memasuki episod ke 14. 



Drama arahan Han Chul Soo , pengarah yang sebelum ni ada hasilkan drama-drama yang tak berapa nak meletup sangat pun. Tapi untuk tahun 2022 ni , ini lah Kdrama dengan genre aksi dan fantasi yang paling best. 

Bukan drama cinta romantis. Drama ni fokus kepada politik dan aksi. Watak utama dipegang oleh Lee Joon Gi . Tak boleh nafikan dia juga penyumbang drama ni tinggi rating tontonan selain jalan cerita yang menarik .

Kalau dilihat pada watak lain, masing-masing ada kekuatan sendiri untuk membuatkan drama ni layak di katakan sebagai drama terbaik 2022. Jadi tak boleh nak kata Lee Joon Gi saja yang menyerlah. Walaupun aku minat jugak dengan watak Kim Hee Woo tapi dalam drama ni aku lebih suka dengan watak-watak yang mendampingi Kim Hee Woo. 

Watak Woo Yong Soo dan Park Sang Man tu pun bagi aku menguatkan jalan cerita ni sebab diaorang juga adalah tulang belakang Kim Hee Woo. Kalau tak de 2 watak ni mungkin jalan cerita tak berapa menarik la bagi aku. 

Ada 3 pelakon wanita yang bawak watak uatama dalam drama ni, Kim Gyu Ri, Kim Hee A dan Kim Han Mi. Paling aku suka watak Kim Gyu Ri yang jadi pendakwa raya. Walaupun awal-awal aku rasa watak wanita tegas tu macam tak sesuai dengan dia tapi bila dah layan episod demi episod , baru nampak karisma dalam watak dia tu.

Drama politik bukan genre kegemaran aku dan aku memang akan mengelak untuk tonton drama politik. Tapi untuk drama Again My Life,  aku bagi pengecualian penuh. Sangat best terutamanya aksi lawan-lawan yang ala-ala MMA tu. Susah tau nak tengok drama korea yang menonjolkan aksi seni bela diri. selalunya lawan merapu-rapu je. hahah



Sinopsis Again My Life

Kim Hee Won seorang pendakwaraya yang ingin mengheret seorang ahli politik paling berpengaruh ,ke muka pengadilan. Cho Tae Sub , ahli politik yang berselindung disebalik topeng , mengaburi rakyat dan ahli politik lain malah menggunakan kuasanya untuk beberapa kes rasuah. 

Kim Hee Woo dengan berani dan lantang menentang Cho Tae Sub membuatkan ahli politik terebut tak senang duduk. Ketika sedang menyiasat, Hee Woo kemudian nya dibunuh dan mayatnya dicampak dari satu bangunan tinggi. Tiba2 dia diberi satu peluang untuk hidup kembali dengan syarat dia perlu  memastikan salah laku ahli politik tersebut didedahkan kepada  umum dan dikenakan hukuman.

Hee Won menerima tugas tersebut dan dia tiba2 kembali semula ke 10 tahun lalu dan perlu bersiap sedia untuk mengheret ahli politik tersebut ke muka pengadilan. 

Dalam tempoh dia dihidupkan kembali dia memperbaiki semula hubungan nya dengan ibu dan ayahnya. Dia berjaya mengubah keadaan dan menyelamatkan ibu ayahnya dari menjadi korban kemalangan jalan raya. Hee Woo juga mula mengatur berbagai rancangan dan mempersiapkan dirinya bagi menghadapi Cho Tae Sub.



Pelakon Again My LIfe

Lee Joon-Gi - Kim Hee-Woo

Lee Kyoung-Young - Jo Tae-Seob

Kim Ji-Eun - Kim Hee-A

Jung Sang-Hoon - Lee Min-Soo

Choi Kwang-Il - Kim Seok-Hoon

Cha Joo-Young - Han Ji-Hyun

Kim Jae-Kyung - Kim Han-Mi

Lee Soon-Jae - Woo Yong-Soo

Park Chul-Min - Hee-Woo's father

Kim Hee-Jung - Hee-Woo's mother

Kim Hyung-Mook - Jang Il-Hyun

Catat Ulasan

0 Ulasan