SINOPSIS DAN REVIEW : SOUNDTRACK #1

SINOPSIS DAN REVIEW : SOUNDTRACK #1 | Korang perasan tak, kdrama kat Hotstar + banyak yang tak best. Banyak drama yang bosan-bosan je. Setakat ni drama yang paling best cuma Snowdrop je. Yang lain bosan dan biasa-biasa saja.. Terutamanya drama Rookie Cops.Boring giler.



Episod 1 drama Soundtrack #1ni memang boleh buat kau lena. Sesuai la untuk orang yang susah nak tidur. Pelakon best-best dah. Han soo Hee dan Park Hyung Sik. Sama cantik dan sepadan.

Tapi slow sangat. kalau tonton drama ni dengan kawan-kawan mesti kau lebih banyak menyembang je. Hahhaa. Aku tonton drama ni sorang-orang pun, tangan asyik nak main phone. 

Drama ni cuma ada 4 episod saja. Aku cuma agak episod 3,4 baru la jalan cerita best. Biasanya kalau drama yang tak banyak episod ni macam tu la. Betul sangkaan . Masuk episod hujung2 baru layan jugak la. Tapi tak cukup menarik bagi aku.

Sinopsis Soundtrack #1

Mengisah kan 2 sahabat yang berkawan sejak 20 tahun lalu. Han Sun Woo seorang jurugambar muda yang berbakat. Namun dia tiba-tiba mengalami satu perasaan dimana dia berasa gambar-gambarnya tidak lagi menarik. Dia berkawan baik dengan Lee Eun Soo ,seorang penulis lirik lagu.

Mereka selalu berkongsi suka duka dalam pekerjaan mereka termasuk hal-hal peribadi. Sun Woo sememangnya mempunyai perasaan cinta pada Eun Soo. Tapi dia merahsiakan nya kerana Eun Soo pernah memberitahu yang dia tidak akan bercinta dengan Sun Woo kerana dia tidak mahu berpisah dengan Sun Woo.



Satu hari Sun Woo memutuskan untuk tinggal bersama Eun Soo. Sepanjang tinggal berama mereka mula merasakan perasaan cinta pada satu sama lain. 


Pelakon Soundtrack #1

Park Hyung Sik

Han Soo Hee

Kim Joo Hun

Yoon Byung Hee

Park Hoon

Park Min Jung

Lee Jung Eun



Catat Ulasan

0 Ulasan