SINOPSIS DAN REVIEW : TOMORROW

SINOPSIS DAN REVIEW : TOMORROW | Rating 5\10 . Drama bergenre fantasi dengan 16 episod ini ditayangkan sejak  1 April lalu. Lakonan Kim Hee Seon dan Ro Won yang membawa watak sebagai malaikat maut. Cerita diadaptasi dari webtoon. Tahyul betul cerita ni. Hahahh..



Drama macam ni sebenarnya dah biasa sangat kita tengok. Sebab tu aku rasa macam bosan sikit jalan cerita dia. Kalau orang tak pernah layan kdrama dengan genre malaikat maut ni mungkin rasa macam best je. 

Episod pertama pun dah bosan. Episod kedua masih bosan. Aku harap episod ke tiga nanti akan ada la sedikit kelainan yang boleh buat aku nak tengok episod-episod seterus nya.

Sejujurnya aku tak suka bila aku terpaksa tunggu sampai beberapa episod untuk buat aku tertarik dengan drama tu.Sepatutnya episod pertama dah boleh buat kita seronok menonton. Kadang orang marah bila aku bagi rating rendah untuk drama yang orang kata best. Tapi itu lah yang sepatutnya. Rating tu adalah untuk keseluruhan episod. Kalau sampai nak kena tunggu sampai episod ke 8 baru nak  kata best, itu dah separuh dari jalan cerita keseluruhan nya. Memang terpaksa la aku bagi rating rendah.

Drama ni tentang malaikat maut yang ditugaskan untuk menyelamatkan manusia yang berniat untuk bunuh diri. Aku rasa Korea ni memang kes bunuh diri paling tertinggi didunia kot sebab tu cerita ni tekan kan bab bunuh diri tu. 

Bab lakonan , aku minat Kim Hee Seon punya lakonan dalam banyak drama. tapi drama ni , watak malaikat maut tu macam tak sesuai je dengan dia. Aku membayangkan dia punya watak tu lebih selamba dan tenang. Ni kalau tengok muka dia pun macam orang yang tertekan sama macam mangsa yang nak bunuh diri. Kau kan malaikat maut. Bukan polis bantuan. Hahaha.



Sinopsis Tomorrow

Joon Woong seorang penganggur yang tak henti-henti mencari pekerjaan. Dia seorang lulusan universiti , masih muda, mempunyai pengalaman menghadiri temuduga. Walau seberapa kuat dia berusaha , namun dia masih tidak dapat pekerjaan dan dia kerap merasa bersalah pada ibunya.

Satu hari disebab kan kecewa keraana ditolak selepas temuduga kerja, dia berjalan menuju ke jambatan. Di berasa sudah tidak mampu lagi untuk menghadapi nya.

Tiba-tiba dia melihat seorang lelaki yang ingin terjun dari jambatan. Dia cuba membantu. Akhirnyaa dia terjatuh bersama dengan lelaki tersebut.

Sebaik membuka mata dia mendapati dirinya berada di hospital. Tapi lebih mengejutkan ketika dia bangun dia melihat dirinya sendiri terbaring di katil hospital dengan tidak sedarkan diri.

Seorang wanita berdiri didepan nya dan mengaku sebagai malaikat maut. 



Pelakon Tomorrow

Kim Hee Seon

Ro Won

Lee Soo Hyuk

Yun Ji On

Kim Hae Sook


 


Catat Ulasan

0 Ulasan