RESEPI KARIPAP KENTANG PEDAS PALING SEDAP DAN RANGUP

RESEPI KARIPAP KENTANG PEDAS PALING SEDAP DAN RANGUP  | Kemarin anak balik dari sekolah bagitau dia nak makan karipap masa berbuka nanti. Laju je saya toleh ke rak dapur , tengok bekas tepung. Mujur la ada tepung lagi 2 cawan. Cukup la untuk buat karipap untuk dia berbuka nanti.



Dah siap uli , terus bahagi2 kan tepung dapat la dalam 12 biji karipap. Memang cukup sangat ni untuk kami 4 beranak.

Terus bersilat didapur, kupas kentang , ambik daun kari. Tak susah pun nak buat inti karipap ni sebab semua bahan-bahan tumis memang dah siap blend. Tinggal cedok dan tumis je.

Saya guna 2 biji kentang, cukup2 je inti tu untuk 12 biji karipap saiz kecil. Oleh sebab saya nak inti pedas, saya guna rempah kari ayam yang pedas.Saya tak letak cili sebab takut anak sakit perut . Bulan2 puasa ni tak elok kalau makan makanan yang pedas sangat.

Karipap kentang pedas saya ni memang tak letak gula. Anak-anak tak berapa makan sangat kalau inti karipap yang ada rasa manis-manis tu. Saya letak isi ayam juga untuk sedapkan lagi. Awalnya saya nak letak udang kering tapi anak saya tak boleh makan udang sangat. Dia ada sinus.

Kalau buat karipap untuk budak2 ni, lebih elok kalau semua bahan tu kita blend. Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih pun saya blend halus. Takut anak-anak tergigit terus hilang selera nak makan.

So bila blend semua, memang nampak isi kentang dan ayam je la dalam karipap kentang Pedas ni.


Resepi Lengkap Karipap Kentang Pedas Paling Sedap

Untuk kulit karipap saya guna 3 bahan saja. Tepung, majerin dan air. Sukatan bahan-dan cara-cara buat karipap adalah seperti berikut.


Bahan-bahan untuk kulit karipap

2 cawan tepung gandum

1 sudu majerin pelangi

250 ml air tapis


Bahan-bahan inti Karipap

2 biji kentang

2 ketul isi ayam di potong kecil2. Saya cincang je bagi halus.

1 sudu besar remph kari ayam pedas

1 sudu besar bawang besar yang dah dikisar

1 sudu kecil bawang putih yang dah dikisar

1 sudu kecil halia yang dah dikisar

1 batang kulit kayu manis

3 kuntum bunga lawang

3 kuntum bunga cengkih

air

garam 

minyak untuk menumis dan menggoreng

Cara buat kulit karipap

1.campur kan majerin bersama tepung. uli hujung jari saja sampai jadi berserbuk.

2. masuk kan air sikit demi sikit. Uli ampai jadi doh yang lembut. Bukan lembik ye. Tapi lembut.

3. buat bulat2 dan bahagikan jadi 10-12 biji doh. Ketepikan.


Cara buat inti karipap.

1. bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih di kisar sampai halus. Kisar tanpa air jadi serbuk. ketepi kan.

2.Panaskan minyak. Tumis daun kari. Ambil satu sudu kecil rempah ratus yng dikisar halus tadi. Masuk kan dalam kuali.

3. masuk kan bawang besar, bawang putih dan halia. Kacau sebati sampai garing.

4. Masuk kan isi ayam. Masak sampai ayam garing sikit, perlahan kan api.

5. Masuk kaan rempah kari dan 1 cawan air. Masuk kan ubi kentang.

6. Masak hingga kentang lembut dan kuahnya kering.

7. Masuk kan garam. tutup api dan ketepikan.

Cara buat Karipap Kentang

1. leperkan doh yang dah dibulat-bulat kan tadi. 

2. letas atas acuan karipap. 

3. letak kan satu sudu kecil inti karipap. nak letak banyak pun boleh asalkan jangan sampi terkena bahagian tepi acuan karipap. 

Takut nanti masa goreng ,mulut karipap terbuka minta simpati. Hahah

4. tutup acuan dan tekan sikit supaya bahagian tepinya rapat.

5. Goreng dalam minyak yang banyak dan api yang perlaahan.

6. Bila dah keperangan, angkat dan hidangkan.

Bagi yang nak buat karipap frozzen korang boleh goreng separuh masak saja. nanti bila nak makan keluarkan saja dari freezer dan masuk kan saja dalam air fryer.

Selamat mencuba


/>

Post a Comment

0 Comments