KPM AKAN SIASAT KES TULAR GURU BUAT LIVE KETIKA MENGAJAR - RADZI JIDIN

KPM AKAN SIASAT KES TULAR GURU BUAT LIVE KETIKA MENGAJAR - RADZI JIDIN | Bukan sekali dua tapi sudah banyak kali berlaku guru membuat live ketika disekolah sewaktu sesi pembelajaran berlansung. Walaupun berulang kali netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan guru-guru , masih ramai guru yang langung tidak mengendahkan nya.


Soal keselamatan dan privasi murid menjadi isu utama mengapa ramai yang tidak suka dengan kebiasaan melakukan live dan merakam video ketika sesi pembelajaran. Malah yang lebih utama fokus guru juga lebih kepada komen dan view penonton. Guru asyik teralih kepada komen-komen penonton dan sekaligus fokus guru ketika mengajar terganggu. 




Tweet dari  satu akaun milik @n_ahwal hari ni mendedahkan seorang guru yang kerap melakukan live ketika mengajar. Guru tersebut juga menyekat pengguna yang memeberi nasihat agar tidak melakukan sesi live ketika mengajar.

Tweet tersebut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, DR. Radzi Jidin yang memberi amaran kepada semua penjawat awam termasuk guru-guru agar tidak menggunakan media sosial semasa bertugas.






" Pegawai awam dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan PERIBADI semasa waktu PEJABAT samada menerusi peralatan komputer / alat mudah alih dibekalkan oleh pejabat / melalui peralatan peribadi.

Ruangan komen, bukan murid yg tonton. Pekerja oil & gas pun ada.

KPM akan siasat." - Dr. Radzi Jidin.

Rata-rata pengguna twitter tidak bersetuju dengan tindakan  mana-mana guru yang membuat sesi Live ketika mengajar.









Hafiz Lotfi

@HafizLotfi
·3h

Replying to
@n_ahwal
Saya sendiri cg. This is unacceptable. Live dia pernah lalu fyp. Mata tak habis habis tgk phone semasa cikgu ni mengajar. Siap dok respon dkt chat lagi. Dia tak 100% fokus dlm kelas.





Amcarrrrrr

@amcarrrrrr
·4h

Replying to
@n_ahwal
Dh berlambak cikgu buat live smbil mengajar. Alasan diorg org ramai dpt belajar skali. Ayo



アズナーニ・イスマイル

@queserasera8072
·2h

Replying to
@n_ahwal
Hmm cikgu2 kalau nk mengajar d tiktok /media social lebih baik jangan guna akaun personal.daftar akaun di bawah kawalan http://KPM.ni ada cikgu dlm video berpakaian kurung ketat angle dari sisi nk tunjuk apa x tau la.
Suri Rumah Membebel

@surirumahmembe1
·2h

Replying to
@n_ahwal
Ada juga nampak lalu lalang live cikgu ni. Tak tau lah dia mengajar siapa bila buat live tu sebab setiap kali live nampak lelaki tua gatal je yang komen




𝚗𝚊𝚍𝚍𝚢

@itsnadh__
·1h

Replying to
@n_ahwal
laju cikgu ni buat kerja. video video dia syok sendiri perasan cantik dalam class semua dia dah delete. mesti dia dalam ketakutan menteri pendidikan pun dah ambil maklum. dah senja senja pun gatal merenyam

Catat Ulasan

0 Ulasan