SINOPSIS DAN REVIEW : A SUPERIOR DAY

SINOPSIS DAN REVIEW : A SUPERIOR DAY | Drama A superior Day ni memang selera aku la. Pelakon best dan jalan cerita yang menarik.  Drama yang tak meleret-meleret pada episod awal. Episod 1 dah penuh dengan babak yang best-best dan buat kita tertanya-tanya.



Dah lama tak tengok Jin Goo jadi watak utama dalam drama.Last tahun 2019 rasanya. Selalunya memang jadi cameo je. Aku rasa tahun 2022 ni , ini antara drama thriller yang wajib korang tonton .

Drama ni banyak dalam kawasan apartment diaorang tinggal je. Aku pun tak paham kenapa . Macam pelik juga sebab ada satu part tu ,anak dia kena culik lepas tu penculik larikan anak dia dengan kereta. Tapi dia cari anak dia kat kawasan apartment je. Tak de pun nak cari kat luar. 

Macam aneh kat situ la. Tak tahu la kalau aku ada terlepas mana2 part yang kata anak dia ada dalam kawasan apartment tu. Malas pulak aku nak ulang. Hahaha.

Satu lagi masa episod 2, kawan yang tolong Ho Cheol ni kena serang dengan orang jahat. Tapi Ho Cheol ni tengok je dengan muka terkejut. Kawan tu siap kena tikam. Eh!!dia boleh tercengang kat situ.  Padahal dia tu ahli bomba. Bukan ke ahli bomba punkena tahu bertindak bila ada situasi cemas gitu.

Tak tahu la kalau kat Korea ahli bomba memang tak de kemahiran lawan2 ni walaupun sikit. Kita kat Malaysia, abang Bomba la paling hero kan?? hahahha.

Ok.. Spoiler sampai episod 2 je la. Tak kan nak bagi lebih. Korang kena tengok la  ok.


Sinopsis A Superior Day 

Ho Cheol seorang ahli bomba. mempunyai seorang isteri yang bertugas sebagai pegawai polis dan seorang anak gadis yang masih bersekolah. Dia ayah dan suami yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang anak nya. Ketika dia sedang menjalankan tugas, dia diserang seorang pembunuh bersiri.



Pembunuh tersebut bersembunyi didalam sebuah rumah dan ketika itu dia mencederakan mata Ho Cheol.

Ho Cheol lansung tidak mengingati wajah pembunuh tersebut. Kejadian itu membuatkan isterinya risau dengan keselamatan keluarga mereka. Dia meminta Ho Cheol tidak memberi kenyataan pada polis kerana risau pembunuh tersebut akan membalas dendam pada keluarganya.

Setahun kemudian satu kes pembunuhan berlaku di salah satu unit di apartment yang Ho Cheol tinggal. Polis percaya pelakunya ialah pembunuh bersiri yang sama dengan kes setahun yang lalu.



Beberapa hari kemudian, anak gadis Ho Cheol di culik. Penculik meminta Ho Cheol untuk mengingati wajah pembunuh dan mencari pembunuh bersiri yang pernah menyerangnya. Penculik percaya Ho Cheol senagaja tidak mahu mengingati wajah pembunuh. Jika Ho Cheol gagal , dia mengugut akan membunuh anak Ho Cheol.


pelakon A Superior Day

Jin Goo

Ha Do Kwon

Lee Won Geun

Lim Hwa Young

Kim Do Hyun

Catat Ulasan

0 Ulasan