WANITA INI TETAP PERGI KERJA SELEPAS TERTELAN BERUS GIGI 18 CM DAN MENDAPATKAN RAWATAN SELEPAS 7 JAM

WANITA TERTELAN BERUS GIGI 18 CM DAN MENDAPATKAN RAWATAN SELEPAS 7 JAM | Selalunya kita dengar kanak-kanak saja yang suka tertelan benda-benda kecil . Tapi berbeza pula dengan kisah wanita ini yang dikatakan tertelan sebatang berus gigi berukuran 18 cm.



Cai Yuanrong , seorang doktor yang  bertugas di Jabatan Gastroenterologi, Hepatobiliari dan Gastroenterologi di Hospital Pingtung Christian menceritakan , seorang wanita datang menemui nya dan memberitahu yang dia tertelan berus gigi. Dia kemudian nya bertanya adakah wanita tersebut bercakap benar untuk memastikan nya. 

Pada mulanya laporan X-ray tidak dapat menunjukkan apa-apa dia. Dia kemudian nya segera mengambil endoskop untuk melakukan pemeriksaan. Dia sangat terkejut apabila mendapati ada benda putih yang berupa sebatang berus gigi tersekat di esofagus dan  kerongkong wanita tersebut  menjadi radang.

Mujur lah wanita tersebut tidak perlu menjalani pembedahan , Berus gigi berjayaa dikeluarkan dengan menggunakan endoscopic retrieval device.



Wanita tersebut memberi tahu, pada pagi kejadian  dia bangun pagi sedikit terlewat dan tergesa-gesa menggosok gigi. Tiba-tiba dia tertelan berus gigi yang digunakan ketika menggosok lidah. 

Walaupun dia baru saja menelan sebatang berus gigi berukuran 18 cm, dia terus bersiap dan menuju ke tempat kerjanya walaupun dia berasa tidak selesa. 7 jam kemudian, sebaik habis waktu kerja,  baru lah dia memutuskan untuk mendapatkan rawatan.

Dr Cai menjelaskan kejadian tersebut sepatutnya tidak dibiarkan kerana jika berus gigi itu tersangkut di dalam ususnya, ia akan menyebabkan ususnya pecah.

Mujurlah berus gigi tu boleh dikeluarkan. Agaknya penting sangat pekerjaan wanita ni sampaikan dia masih pergi bekerja walupun selepas menelan berus gigi. 

Catat Ulasan

0 Ulasan