HAPUSKAN KOREAN AGE UMUR RAKYAT KOREA SELATAN MUNGKIN AKAN MENJADI 1 TAHUN LEBIH MUDA

HAPUSKAN "KOREAN AGE" UMUR RAKYAT KOREA SELATAN MUNGKIN AKAN MENJADI 1 TAHUN LEBIH MUDA  | Rakyat Korea Selatan mungkin akan mengalami keadaan dimana umur mereka diatas kertas  akan dikurangkan setahun. Ini akan menjadikan mereka muda satu tahun .



Lee Yong-ho, ketua jawatankuasa kecil politik, kehakiman dan pentadbiran pasukan peralihan Presiden Korea Selatan,Yoon Suk Yeol , berkata semasa sidang akhbar pada Isnin lalu bahawa mereka berusaha untuk menyeragamkan cara pengiraan umur di Korea Selatan. Perubahan itu sedang dijalankan atas sebab-sebab praktikal, kata Lee.

Buat masa ini Korea Selatan masih mengamalkan sistem "Korean Age" dimana umur mereka dikira setahun sebaik sahaja dilahirkan. usia 9 bulan didalam kandungan digenapkan menjadi setahun.

Menurut Lee sistem tersebut memberi beberapa kesukaran terutamanya dalam hal kebajikan, pentadbiran dan perkhidmatan sosial. 

Korea selatan juga mempunyai satu lagi kaedah dalam menentukan usia  iaitu dengan menambah 1 tahun lagi usia setiap kali tiba tahun baru walaupun tarikh lahir sebenar mereka belum tiba. Ini Kerana umur orang Korea tidak dikira berdasarkan tarikh hari lahir mereka. Tapi umur mereka hanya akan meningkat setiap 1 january. 



Secara teknikalnya , jika seseorang itu dilahirkan pada Disember 2020, dia mempunyai 3 umur yang berbeza. 3 tahun jika mengikut kiraan "korean age". dan berusia 1 tahun jika mengikut kiran antarabangsa. Mana kala jika mengikut kiraan +1 tahun setiap tahun baru ,dia berumur 2 tahun.

Kekeliruan pengiraan umur di Korea juga memberi masalah untuk pemberian suntikan vaksin covid19 di mana orang yang tidak mencapai umur yang diperlukan untuk mendapatkan suntikan COVID-19 mereka masih perlu menunjukkan bukti vaksinasi.


Catat Ulasan

0 Ulasan