MOHON SUMBANGAN UNTUK MENDIRIKAN KUBAH SURAU, TINDAKAN PENDAKWAH TERKENAL INI TIDAK DISENANGI RAMAI

MOHON SUMBANGAN UNTUK MENDIRIKAN KUBAH SURAU, TINDAKAN PENDAKWAH TERKENAL INI TIDAK DISENANGI RAMAI | Amalan bersedekah dibulan ramadan memang sangat dituntut dalam agama. Apatah lagi bersedekah untuk mendirikan masjid. Sangatlah besar ganjaran pahala yang diraih mereka yang merebut peluang ini.



Namun tanpa sedar ada antara netizen yang tidak berpuas hati dengan tindakan segelintir pendakwah yang mengalu-alukan dan memohon sumbangan orang ramai dibulan yang mulia ini

Seorang pendakwah terkenal yang memohon sumbangan orang ramai bagi mendirikan kubah surau dikecam hebat apabila status beliau yang memohon sumbangan tersebar. 





Malah gambar pendakwah tersebut bersama sebuah kereta mewah juga turut menjadi pertikaian netizen yang mempertikaikan tujuan pendakwah tersebut memohon sumbangan orang ramai sedangkan dia juga memiliki kehidupan yang mewah.


Melalui status yang ditulis di facebook milik pendakwah tersebut, kos untuk mendirikan kubah surau adalah rm500k dan berkeluasan 60 x 60 kali.



Apa yang membuat kan ramai netizen tidak berpuas hati adalah kos tersebut yang terlalu mahal hingga dirasakan tidak munasabah dan satu pembaziran memandangkan kubah tidak lah menjadi keutamaan bagi sesebuah bangunan yang digunakan untuk bersolat.

Disebabkan isu kubah setengah juta, Pendakwah tersebut mengakui ianya membuatkan lebih ramai yang tampil menderma untuk pembinaan kubah surau yang masih dalam perancangan ini.

Isu yang sedang hangat ini timbul berikutan sebuah sekolah tahfiz memohon sumbangan orang ramai dan menjadikan kisah 23 pelajar yang terkorban dalam satu kebakaran beberapa tahun lalu sebagai sebahagian cara meraih perhatian ramai. Netizen menganggap pihak tahfiz tidak sensitif dan menganggap pengurusan  tahfiz sebagai penunggang agama.

Areef haleem

@areef2871

·

22h

Replying to 

Cam biasa. Niaga derma memang untung!!



Bro2FaceB🇲🇾

@Bro2Face

·

3h

Replying to 

@KucingKuncitara

 and 

@xxndyhhh

30% kutipan amal boleh jadi administrative cost/kos pengurusan spt buat bayar gaji, bayar elaun, bayar duit minyak, bayar kos kenderaan dsbnya.

30% of RM500K = RM150,000.00 (RM12,500.00 sebulan)

Pikir² kan lah



دک اله ٩١٩ 🏴🏴🏴🏴🇲🇾

@dakIlah919

·

4h

Replying to 

@zack_rockstar

aku tak faham la depa ni. aku kalau nak buat sesuatu ikut berapa duit ada dalam kocek bukan ukur kocek orang lain.


kalai ada sikit buat la sikit. ini kubah je setengah juta. kubah bukan rukun pon. setengah juta dah boleh buat masjid dah.

Kucing Putih

@sumandak27

·

4h

Betul. Bercanggah betul dgn ajaran islam untuk bersederhana. Duit spend sampai setengah juta dekat kubah buat apa. Bukannye pandang kubah terus masuk syurga.


najerul 🏴🏴🏴

@nazrulchenkov

·

4h

Replying to 

@zack_rockstar

Geng2 ni ke yang selalu minta derma/wakaf untuk bina tahfiz dekat ads youtube ? 👀

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan