RESEPI ROTI JALA YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP

RESEPI ROTI JALA YANG SIMPLE DAN PALING SEDAP - Saya masih merasakan blog adalaah medium paling ringan untuk sesiapa saja mencari berbagai-bagai resepi yang sedap dan menarik. Mungkin ramai yang sudah beralih ke youtube kerana visual yang lebih menarik. Tapi sebenarnya blog lebih mudah, tak perlu kita ulang banyak kali jika terlepas bahagian-bahagian2 yang tak sempat di tonton. Tapi blog kita boleh baca dan fahami dengan mudah perlahan-lahan. 

Tapi saya akui juga video juga sangat membantu terutamanya bagi yang cepat mengantuk dan bosan hanya dengan membaca. 

Bagi mereka yang masih merasakan blog sangat releven untuk pencarian resepi-resepi lama dan baru, terima kasih saya ucapkan. 



Untuk hari ni saya nak kongsikan Resepi Roti Jala yang korang boleh cuba untuk berbagai majlis . Tambahan pula tak lama saja lagi kita akan menyambut bulan ramadan. Boleh la semua mencuba resepi yang simple dan sedap ini.

Roti jala yang saya buat ni tak menggunakan telur yang banyak. Cuma sebiji saja telur yang saya gunakan. Saya memang kurang suka bau telur yang kuat. Sebab tu tak menggunakan banyak telur. Bagi yang memang ada alahan telur , Roti jala ni tak payah letak telur pun boleh.

Cuma korang pekatkan sikit bancuhan tepung tu.Boleh juga kalau korang masuk kan sedikit tepung kastard. rasanya lebih sedap dan berbau harum.

Terus kita ke Resepi Roti Jala Dan Gulai Daging Yang Simple dan Sedap

Bahan-bahan unttuk membuat roti jala

2 cawan tepung gandum

1 biji telur

sedikit garam

sedikit serbuk kunyit

sedikit air.

Cara-Cara :

Campurkan semua bahan dan pukul sampai sebati.Kalau tak de mixer atau whisk boleh blend saja dalam pengisar.

Masuk kan air sikit demi sedikit. Adunan tak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Buat macam korang buat adunan kek atau pun kalau cair sikit, macam bancuhan kuih ketayap.

Panas kan kuali leper dan masuk kan bancuhan ke dalam acuan atau botol khas untuk buat roti jala. Acuan dan botol khas ni korang boleh beli kat kedai2 plastik.

Kedai rm2 pun ada.

Lepas tu mula kan lah menjala bila kuali leper dah panas.

api kena perlahan. bila permukaan jala tu dah masak, terus je angkat. Tak payah diterbalik kan.

kemudian gulung atau lipat la roti jala tu ikut citarasa korang.

N

Roti jala yang sedap boleh dimakan dengan kuah apa saja. Kalau nak makan dengan masak lemak cilipadi pun sedap. tapi selalunya orang makan roti jala dengan kuah kari.

selamat mencuba.


/>

Catat Ulasan

0 Ulasan