RESEPI KARI AYAM SIMPLE DAN SEDAP





RESEPI KARI AYAM SIMPLE DAN SEDAP | Bila entah saya buat kari ayam ni. Minggu lepas kot.kari ayam saya simple je. Kari ayam tak letak kerisik sebab tak selalu beli kerisik.heheh.

Kalau pi kedai pun kerisik tu jarang2 ada dalam senarai barang untuk dibeli. Jadi bila teringat nak buat kari ayam memang tak de la kerisik tu.Tapi ada juga yang kata kalau tak letak kerisik kari tak cantik, tak sedap..

Setakat ni kari ayam saya tak pernah tak sedap..Ceh!!siap puji masakan sendiri tu..Kalau nak tahu sedap ke tidak meh la cuba.

Ini resepi kari ayam yang simple dan sedap tak payah letak kerisik... Ni hidangan untuk kami 4 beranak je..Jadi buat tak banyak.. Guna suku bahagian ayam je. Kari ayam tanpa kerisik ni sesuai untuk makan dengan Nasi minyak dan Roti Jala.

Bila dah tak letak kerisik jangan lupa kari ayam letak santan untuk seimbangkan rasanya. Kalau dah letak kerisik nak letak santan sikit pun tak pe je.Tak nak letak santan pun boleh bila dah ada kerisik. 

Tapi Kalau nak buat Kari ayam kenduri , kena la letak kerisik dan santan. Tetamu makan pun puas hati. Cuma muak sikit nak makan dengan nasi minyak. Itu ikut pandangan dan selera saya la. kalau korang suka masak la ikut citarasa korang.

Roti Jala adalah juadah wajib keluarga saya setiap kali tiba ramadan. Selain mudah dimasak ianya sangat sedap dan makanan yang cepat mengenyangkan


Bahan-bahan

suku bahagian ayam
3 biji bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 inci hali
1 tangkai daun kari
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 sudu besar rempah kari
1 biji kentang dibelah 4
1 cawan santan kotak



Cara-caranya

1-Tumis daun kari , bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

2-Kemudian masuk kan bawang kecil, bawang putih, dan halia yang dah di hiris halus.

3-Bila dah garing masuk kan rempah kari bersama asam keping , ayam , ubi kentang , dan santan.

4-Masak sampai pekat dan pecah minyak.kemudian masuk kan 1 cawan air.tunggu sampai mendidih

5-kemudian masuk kan garam..

Dah siap..

Senang kan??Selamat mencuba...

Catat Ulasan

0 Ulasan