RESEPI ROTI MANIS PALING MUDAH YANG LEMBUT DAN GEBU

RESEPI ROTI MANIS PALING MUDAH YANG LEMBUT DAN GEBU | Anak-anak saya suka roti dan memang setiap hari makan roti. Walaupun dia jarang makan nasik tapi bila kerap makan roti tak de lah saya risau sangat. Cuma nak mendapatkan roti yang kena dengan selera dia tu susah sikit. Tapi dia memang suka kalau roti yang saya buat sendiri. Roti yang lembut dan gebu jadi pilihan dia.

Foto: dyahlarvin

Kalau anak-anak saya mereka suka roti letak sosej, ayam atau pun cheese. Ada yang tanya sama ke rasa roti yang buat sendiri dengan roti yang dibeli kat kedai?

Dah tentu la tak sama. Kalau buat sendiri ni, kita dapat la makan roti panas-panas dan segar. Sedap tau makan roti yang panas dan baru keluar oven nih. Anak-anak saya kalau makan roti yang beli kat kedai , boleh makan 1 ketul je. Tapi kalau yang baru lepas keluar oven boleh habis 3-4 ketul dorang.

Saya ada jumpa satu resepi Roti manis di instagram Dyahlarvin. Nampak menyelerakan betul roti buatan nya. Paling menarik resepi nya tak menggunakan bread inprover pun. Dengan resepi ni korang juga boleh olah sikit untuk letak topping pada roti. Kena lah pandai mempelbagaikan nya.

Itu untungnya kalau pandai buat roti. Boleh ubah2 topping ikut selera kita. Ok..Jom kita tengok Resepi Roti Manis paling mudah yang lembut dan gebu perkongsian dari saudari Dyahlarvin.

Bahan-Bahan-

300g Tepung Gandum

27g Susu Tepung Full Cream

60g Gula Pasir halus

2 biji kuning telur

35g Butter

150ml air ais

5g Yis

1/4 sudu teh garam

1 biji kuning telur untuk sapu atas roti.

Mudah saja bahan-bahan nya..kan?? Sekarang jom kita tengok pulak cara-cara membuatnya..

Foto: dyahlarvin


1- campurkan semua bahan kering kedalam bekas. Kemudian sebatikan  semuanya..

2- Masuk kan 2 biji kuning telur dan sebatikan guna hujung jari saja. Dia akan jadi tak berketul-ketul. Jadi macam serbuk roti saja.

3- Tuang air sedikit demi sedikit sampai dia nampak macam boleh diuli. Maknanya tak lembik sangat dan tak keras sangat.

4- kemudian masuk kan butter dan garam dan uli dengan tapak tangan  saja sampai dia elastik.

5- Lepas dah uli biarkan dalam bekas uli tadi dan biarkan sampai naik 2x ganda. Anggaran masa dalam 30 - 40 minit.

6- kemudian bila adunan dan naik 2x ganda, tekan adunan tu bagi kempis.

7- Bahagi kan adunan. Buat bulat2. setiap biji timbang 50g saja, Biarkan selama 10-15 minit

8- Kemudian ambik loyang dan sapu dengan butter atau tepung.

9- Doh roti yang kita dah bulat2 kan tadi masuk kan dalam loyang.Susun rapat2 sampai habis doh tadi, Kemudian biarkan roti naik 2x ganda.

10- Selepas oven dah panas, sapu kuning telur pada permukaan atas roti. Bakar dengan suhu 170 dan selepas roti nampak perang dan masak di bahagian atas nya tu, sapukan dengan butter.

siap untuk dihidangkan.

Terima kasih untuk @dyahlarvin untuk resepi mudah ini.

/>

Catat Ulasan

0 Ulasan