SENARAI MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN D TERBAIK

SENARAI MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN D TERBAIK |Sejak Covid-19 mula mengganas diseluruh dunia, berbagai petua dan cara mencegah penularan virus Covid-19 mula menjadi viral. Bermula dengan "singgang" kemudian cuaca panas dan kini timbul kenyataan bahawa makanan yang mengandungi Vitamin D mampu mencegah penularan Covid-19.

Foto: Honestdocs

Walaupun belum ada apa-apa pengesahan daripada mana-mana pakar perubatan namun ramai yang mula berkongsi kenyataan tersebut. Vitamin D sangat penting untuk kesihatan tulang dan gigi. Sumber semulajadi Vitamin D adalah cahaya matahari. Kekurangan Vitamin D boleh menyebabkan kecacatan tulang atau deformitas tulang seperti rakhitis terutamanya pada kanak-kanak.

kekurangan Vitamin D juga boleh menyenbabkan sistem kekebalan tubuh badan menjadi lemah, meningkatkan risiko kanser dan osteomalacia iaitu keadaan dimana otot dan tulang menjadi lemah.

Namun Vitamin D yang berlebihan boleh menyebabkan tubuh menyerap terlalu banyak kalsium dan boleh meningkatkan risiko serangan jantung.

Orang ramai dinasihatkan mengambil makanan yang mengandungi berbagai zat vitamin agar seimbang dan kekal sihat. Semua zat pada makanan mempunyai fungsi tertentu yang sangat baik untuk tubuh badan kita.

Makanan yang mengandungi Vitamin D

Bagi orang dewasa tubuh badan kita memerlukan kira-kira 600- 4000 IU vitamin D sehari. Bagi yang ingin mengambil Vitamin D berikut adalah senarai makanan yang mengandungi Vitamin D terbaik.

- cendawan

- Tiram

- Kuning telur

- Ikan Salmon

- susu

- Keju Cheddar

- Ikan Kod

- Minyak Ikan Kod

- Ikan Tuna

- Udang

- tauhu


Catat Ulasan

0 Ulasan